fbpx

PERSIAPKAN DIRI, HADAPI RAMADAN

PERSIAPKAN DIRI, HADAPI RAMADAN

PERSIAPKAN DIRI, HADAPI RAMADAN

Menurut hadis riwayat Ibnu Abbas RA, beliau berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling pemurah terlebih-lebih dalam bulan Ramadan, bulan di mana beliau selalu ditemui Jibril. Jibril menemuinya setiap bulan Ramadan untuk bertadarrus Al Quran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ramadan boleh dijadikan bulan untuk kita merutinkan serta melebihkan dalam membaca Al-Quran, terutama bagi kita yang jarang membaca Al Quran di bulan-bulan lainnya. Jika perlu, carilah guru untuk kita pelajari dan memahami maknanya seterusnya mengamalkannya.

Oleh itu, sangat rugi jika kita lalui Ramadan hanya dengan rasa lapar dan dahaga tanpa amalan lain yang mendekatkan kita kepada Allah SWT di bulan Ramadan.

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my