fbpx

Orang Asli Air Banun Terima Ketupat Nasi, Kuah Kacang Sempena Aidiladha

Orang Asli Air Banun Terima Ketupat Nasi, Kuah Kacang Sempena Aidiladha

Orang Asli Air Banun Terima Ketupat Nasi, Kuah Kacang Sempena Aidiladha

KEPALA BATAS, 15 Jun 2024 – HALUAN pada tahun ini menyumbangkan pek ketupat nasi dan kuah kacang kepada 35 keluarga miskin orang asli di Kampung Air Banun, Gerik, sempena dengan Aidiladha.

Lazimnya sejak empat tahun berturut-turut, HALUAN akan melaksanakan ibadah korban bersama ahli Alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK) khususnya di surau diri Jumaat berhampiran di Kampung Sungai Raba. Kebiasaanya tiga hingga lima ekor lembu akan disembelih dan dagingnya diedar kepada penduduk-penduduk kampung sekitar sebagai tanda kesyukuran.

“Untuk tahun ini kami tangguhkan dahulu korban lembu setelah empat tahun kami usahakan bersama. Kami bersepakat akan melaksanakan ibadah korban di sini secara selang setahun untuk memberikan peluang kepada NGO dan persatuan lain pula untuk turut berbakti kepada orang asli di gagasan ini. Dan kami difahamkan bahawa pada hari Tasyrik ketiga, ada beberapa buah gabungan NGO telah masuk berkorban di sana. Bermakna HALUAN dan ASSAK akan kembali berkorban semula di sana pada tahun 2025 nanti, insyaAllah,” jelas Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri.

Namun begitu, pihak HALUAN masih berusaha untuk ceriakan penduduk Kampung Air Banun menyambut Hari Raya Aidiladha dengan sumbangan pek ketupat nasi dan kuah kacang tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Bendahari HALUAN cawangan Pulau Pinang, Encik Zulkifli Ismail.

Pada kesempatan ini, HALUAN dengan tulus hati ingin mengajak para penderma untuk menyalurkan sumbangan derma untuk kebajikan orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun.

Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui akaun:
Maybank No. 5572 5006 2982 atas nama “Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, dengan notasi “Orang Asli Banun”.

Laporan Biro Kebajikan HALUAN