fbpx

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

AIR BANUN GERIK, 25 Apr 2020 – Pelaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang HALUAN untuk terus berbakti menyampaikan sumbangan kepada penduduk orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini.

Mendapat kebenaran perjalanan daripada pihak berkuasa dan mematuhi semua peraturan keselamatan, seramai enam orang relawan HALUAN Pulau Pinang diketuai NYDP 2, Encik Saiful Azmi Omar telah turun ke perkampungan orang Asli Air Banun pada 23 April lepas untuk menyampaikan barang bantuan dapur seperti beras, gula, minyak masak, dan tepung. Turut diberikan adalah topeng penutup muka.

Seramai 66 keluarga dari Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba telah menerima sumbangan hasil derma daripada orang ramai itu.

Menurut Pengerusi ALP PPOA HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri, penduduk orang asli perkampungan tersebut sangat terjejas dengan PKP ini kerana mereka tidak dapat menjual hasil hutan ke luar kampung. Ini menjejaskan pendapatan seharian mereka. Mereka hanya bergantung kepada hasil hutan sebagai sumber rezeki. Untuk membantu mereka, HALUAN Pulau Pinang telah melancarkan kutipan Sumbangan Barang Dapur Untuk Orang Asli RPS Air Banun. Pembahagian kali pertama itu dibuat sehari sebelum mulanya puasa Ramadan 1411H.

“Dalam perancangan kami, kami akan sekali lagi masuk ke hutan pada awal minggu keempat Ramadan untuk penyampaian bantuan sempena kedatangan Aidilfitri pula. Kami sekali lagi telah mengumpul derma daripada seluruh rakyat Malaysia untuk tujuan ini,” berkata Encik Halim.

Penyampaian sumbangan kepada penduduk telah disambut baik oleh kedua-dua orang Tok Batin di kampung masing-masing, dibantu oleh pasukan petugas RELA yang juga terdiri daripada pasukan orang asli. Dalam ucapan balasnya, Tok Batin Kampung Air Banun, Encik Cheknekleg mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang bahan makanan yang diterima. Katanya penduduk kampung amat teruja dengan sumbangan ini kerana sepanjang PKP ini mereka terpaksa bergantung kepada sumbangan daripada pihak luar untuk menyara kehidupan mereka.

Pada kesempatan ini juga, pihak urusetia menyeru masyarakat untuk terus menyumbang kepada Tabung PPOA melalui pautan di bawah. Semoga sumbangan anda akan membawa sinar cahaya ke dalam kehidupan orang asli di sana.

Orang Asli Air Banun – Fasa 2

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan Abdul Halim Khudri, HALUAN Pulau Pinang