fbpx

Open Talk Study Group Mantapkan Siswazah Mesir

Open Talk Study Group Mantapkan Siswazah Mesir

Open Talk Study Group Mantapkan Siswazah Mesir

KAHERAH, 1 Okt 2015 – Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah menganjurkan program Open Talk pada 27 September lepas di Pusat HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi, Kaherah. Program ini telah dihadiri seramai lebih 70 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa di Mesir.

Antara objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa di Mesir berkenaan cara pembelajaran secara berkesan melalui study group dalam membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik.

Program tersebut bermula pukul 9.30 pagi dimulai dengan ucapan perasmian oleh Ketua JK Sukan Rekreasi, Encik Syahmi Ibrahim. Beliau menegaskan tentang kepentingan dalam menuntut ilmu untuk para mahasiswa Muslim.

Aktiviti diteruskan dengan sesi perkongsian oleh penceramah jemputan, Encik Izzat Ibrahim Shamjuddin, yang merupakan Graduan Syariah Islamiah Universiti Al Azhar. Memetik kata-katanya yang cukup bernilai, “Belajar secara berkumpulan akan mengajar kita erti saling melengkapi dan bantu-membantu untuk berkongsi matlamat kejayaan bersama.”

Semoga para mahasiswa di Mesir telah mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan mampu membantu mereka dalam meningkatkan mutu pembelajaran.


Laporan oleh Abdul Hadi Mustaffa, Penyelaras Program Open Talk, HALUANSiswa Mesir