fbpx

Sumbangan Alat Tulis Kepada HSB

Sumbangan Alat Tulis Kepada HSB

Sumbangan Alat Tulis Kepada HSB

SUNGAI BULOH, 30 Mac 2020 – Hospital nukleus pusat rawatan dan rujukan utama negara untuk wabak COVID-19, Hospital Sungai Buloh, Selangor, telah sudi menerima sumbangan HALUAN cawangan Selangor berbentuk pelbagai alat tulis bernilai hampir RM1,500 berupa pensil, pen mata bola, pen papan putih, dan pemadam papan putih untuk kegunaan para petugas kesihatan di sana.

Sumbangan di Lobi Utama, Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 30 Mac lepas itu telah disampaikan oleh wakil HALUAN Selangor, Encik Azman Md Ali, kepada Pegawai Keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Encik Mohd Asri Harun, yang bertanggungjawab mengelola sumbangan kepada HSB.

HSB merupakan hospital nukleus yang menempatkan jumlah pesakit COVID-19 teramai di Malaysia kerana ia merupakan pusat kawalan penyakit berjangkit di negara ini.

Sumbangan teknikal HALUAN Selangor ini diharapkan dapat membantu melancarkan proses pengurusan rawatan pesakit oleh petugas kesihatan di sana.

HALUAN Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua penyumbang yang prihatin. Pengorbanan anda tidak sia-sia kerana tepat sampai kepada sasaran.

Kepada masyarakat dan individu yang berhajat untuk terus menyumbang membanteras wabak COVIS-19 ini melalui HALUAN Selangor, anda boleh berbuat demikian ke akaun Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, melalui Bank CIMB bernombor 860 284 6432

Untuk sebarang maklumat lanjut, silalah hubungi Encik Kamarudin Ahmad di talian 019-2661 262.


Laporan Muhammad Mudzaffar Mansor, HALUAN Selangor