“Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan bermula 18 sehingga 31 Mac 2020.” Ramai rakyat yang tersenyum kerana tidak lagi perlu ke pejabat dan mengambil peluang ini untuk berehat. Namun, ada hati yang resah. Ramli bekerja sebagai tukang gunting rambut di kawasan rumah flatnya. Perintah ini bermakna dia tidak lagi boleh membuka kedai. Tiada kerja, tiadalah pendapatan. …