fbpx

Bantuan Banjir Monsun Timur Laut

Bantuan Banjir Monsun Timur Laut
92 Donors

-248 Days Left

Bantuan Banjir Monsun Timur Laut

Raised: RM5,450.00 / Goal: RM5,400.00

Donate Now
Seperti lazimnya, fenomena Monsun Timur Laut (MTL) akan membawa kejadian banjir di negara kita terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung. MetMalaysia meramalkan musim tengkujuh ini akan berterusan sehingga Mac 2024.
Dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), HALUAN kini bersiap sedia dengan mengaktifkan Pusat Operasi Banjir (POB) di ibu pejabat dan Bilik Gerakan Banjir Negeri (BGBN) di setiap cawangannya, supaya berada dalam keadaan siap sedia untuk dikerahkan membantu mereka yang memerlukan.
Kempen ini bertujuan mengumpul dana dan barangan bantuan untuk sektor-sektor berikut:
  1. Pembersihan premis termasuk surau/masjid, sekolah dan rumah penduduk.
  2. Makanan sedia dimakan (Ready-To-Eat).
  3. Pek makanan asasi keperluan harian.
  4. Kelengkapan solat (telekung, kain pelikat, sejadah).
  5. Kelengkapan tidur (toto, bantal).
  6. Kit kebersihan (berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo).
  7. Bantuan perubatan.