fbpx

PPMI – Tajaan Program Pendidikan Alternatif Etnik Minoriti Sabah

PPMI – Tajaan Program Pendidikan Alternatif Etnik Minoriti Sabah

PPMI – Tajaan Program Pendidikan Alternatif Etnik Minoriti Sabah

Tahukah anda, di dalam era serba canggih dan moden ini, masih ada ramai anak-anak kecil yang tidak berpeluang untuk menerima pendidikan formal?

Ya, mereka adalah anak-anak Bajau Laut di Sabah. Tak jauh pun, masih di dalam Malaysia.

Kenapa? Apa sebenarnya yang menghalang mereka menerima pendidikan?

TIGA Sebab Utama

  1. Mereka adalah kaum Bajau Laut yang tinggal di persisiran pantai dan jauh dari bandar. Tiada sekolah yang dibina berdekatan mereka.
  2. Pendapatan bulanan yang rendah iaitu sekitar RM200 sahaja. Hanya cukup untuk perbelanjaan sara hidup dan tiada wang lebih untuk ke bandar.
  3. Status warganegara yang tidak jelas. Disebabkan kos untuk ke bandar juga menjadi punca kebanyakan anak-anak ini tidak didaftarkan di agensi kerajaan. Ini menyebabkan mereka diklafisikasikan sebagai stateless.

SATU Jalan Penyelesaian

PENDIDIKAN.

HALUAN telah menubuhkan sebanyak 11 Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) di luar bandar Sabah yang dikendalikan sendiri oleh ahli masyarakat setempat dengan bantuan dan bimbingan HALUAN.

Melalui pendidikan, mereka mula mengenali hak dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Melalui pendidikan, mereka tidak lagi ditindas oleh orang luar.
Melalui pendidikan, mereka lebih berkeyakinan untuk memajukan diri sendiri.

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

_
Donate to #PPMI

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Mudah Secara Dalam Talian

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my