fbpx

Masuklah & Berdiamlah di Rumah Anda

Masuklah & Berdiamlah di Rumah Anda

Masuklah & Berdiamlah di Rumah Anda

Semut adalah makhluk yang kecil dan tidak dipandang penting oleh manusia. Namun al-Qur’an mengangkat darjat semut dengan kisahnya. Ketika tentera Nabi Sulaiman hendak melalui kampung sekumpulan semut, permaisuri semut telah mengarahkan rakyatnya untuk memasuki rumah-rumah mereka. Surah An-Naml ayat 18-19.

Terdapat 2 pengajaran penting dari kisah ini:

  1. Taat kepada pemimpin
  2. Mencari perlindungan apabila disedari bencana semakin menghampiri.

Adakah semut makhluk yang tidak takutkan Allah SWT? Tidak, bahkan mereka adalah makhluk yang taat.

Jadi, kenapa mereka berlari mencari perlindungan sedangkan Allah SWT lebih dari mampu melindungi mereka?

Kerana itu adalah usaha mereka. Dari usaha, Allah SWT akan datangkan bantuan.

Islam bukanlah agama magik, tetapi Islam adalah agama praktikal.

Adakah kita lebih rendah dari semut, sehingga sukar bagi kita untuk mengikut arahan pemimpin dan tinggal senyap di rumah? Fikirkan..

#StayAtHome

__
Help for Healthworkers (H4H)
https://HelpforHealthworkers.wasap.my