fbpx

Berita

HALUAN Agih Pek Makanan di Gaza

HALUAN Agih Pek Makanan di Gaza

GAZA, 21 Mei 2021 – Bantuan awal bagi kempen GAZA EMERGENCY APPEAL telah kami salurkan kepada penduduk Gaza melalui rakan kami di Gaza. “Kita telah mula salurkan sumbangan anda petang semalam (waktu Gaza). Set makanan siap untuk dimakan atau hotmeal telah kita edarkan kepada penduduk Gaza yang berteduh di sekolah-sekolah UNRWA,” jelas Dr Syed Muhammad …

ASSAK77 – HALUAN P.Pinang Ceriakan Aidilfitri Orang Asli

ASSAK77 – HALUAN P.Pinang Ceriakan Aidilfitri Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 14 Mei 2021 – Dermawan kepada tabung kebajikan orang asli telah membawa seribu keceriaan Aidil Fitri di dua buah kampung mereka di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini. Gabungan dana daripada HALUAN cawangan Pulau Pinang yang berganding dengan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK77) berjumlah RM1,500 telah membolehkan penduduk …

Mindanao Bersyukur Terima Bantuan Iftar

Mindanao Bersyukur Terima Bantuan Iftar

MINDANAO, FILIPINA, 12 Mei 2021 – Golongan masyarakat miskin di Mindanao turut mendapat habuan bahan makanan iftar hasil kemurahan hati para penderma dari Malaysia. Ia bersempena kempen “Sejuta Barakah Ramadan” yang dilancarkan oleh HALUAN sepanjang bulan Ramadan lepas untuk menyantuni berbagai sektor masyarakat dalam dan luar negara menyambut bulan puasa. “HALUAN telah menghantar bantuan iftar …

Iftar Orang Asli di RPS Air Banun

Iftar Orang Asli di RPS Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 11 Mei 2021 – Barakah ada pada yang sedikit. Begitulah ungkapan Tok Batin, Ali Bah Pintu semasa berbuka puasa dengan anak buah kampung beliau di Kampung Sungai Raba di sini semalam. Dengan modal sumbangan HALUAN sebanyak RM200 sahaja, mereka berjimat untuk memasak sendiri untuk juadah iftar untuk dimakan bersama di surau kampung …

BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA!

BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA!

Iftar di Masjid Al-Aqsa kini sudah selesai dilaksanakan. Namun pada tahun ini akibat COVID-19 yang melanda di sana, tiada iftar beramai-ramai dilakukan. Hanya makanan bungkus sahaja diedarkan kepada penerima. Terima kasih kepada para penyumbang, tanpa anda projek ini tidak akan berjaya. Esok (5/5) HARI TERAKHIR untuk kempen sumbangan IFTAR PALESTIN. Ayuh!https://www.haluan.org.my/donations/iftarpalestin/ Sebarkan rahmah, semaikan barakah. …

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

GOMBAK, 1 Mei 2021 — Memberikan perhatian dan cakna kepada keperluan ibu tunggal, para janda dan miskin sudah menjadi sunah dan saranan Rasulullah SAW. HALUAN cawangan Kuala Lumpur telah menyantuni seramai 16 keluarga ibu tunggal dalam sebuah majlis ‘‘Program Santuni Ibu Tungal & Anak Yatim’’ pada 1 Mei yang lalu. Sumbangan pek makanan dan wang …

KAMPUNG MALAYSIA DI BUMI AL-BAB

KAMPUNG MALAYSIA DI BUMI AL-BAB

Anda tidak nampak hasil sumbangan anda? Nah, inilah hasil sumbangan anda kepada pelarian Syria. Sebuah perkampungan yang mampu memuatkan 100 buah rumah, sebuah sekolah, sebuah masjid malah sebuah telaga air bersih. Ia adalah satu projek besar dengan kerjasama daripada beberapa NGO dari Malaysia, termasuk HALUAN. Perkampungan ini dijangka mampu memberi perlindungan kepada 2,000 orang pelarian. …

Gabungan NGO Malaysia & Yaman Lancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan

Gabungan NGO Malaysia & Yaman Lancarkan Kempen Bantuan Kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2021 – Gabungan kemanusiaan yang melibatkan NGO Malaysia dan Yaman telah melancarkan kempen bantuan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan orang-orang yang terjejas akibat peperangan. Kempen ini menyeru semua pihak termasuk sektor awam dan swasta untuk menyokong perjuangan kemanusiaan ini. Kerjasama itu bertujuan mengumpulkan RM4.6 juta untuk membantu 22,000 orang pelarian dalam negara …

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

Kunjungan ke Exco Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 25 Mac 2021 – HALUAN telah melaksanakan kunjungan hormat kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dr. Siti Mariah Mahmud, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Naib Presiden 4, Dr. Baharudin Suri. Turut serta adalah Ketua Biro Kebajikan HALUAN Encik Abdul …

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

HALUAN Terima Pelantikan Sebagai Badan Sukarela Program Agent Basmi COVID-19

23 Mac 2021, PUTRAJAYA — HALUAN telah menerima pelantikan sebagai Badan Sukarela bagi Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim. Naib Presiden HALUAN bagi Kluster Kebajikan & Kemanusiaan, Dr. Baharudin Suri, telah menerima surat pelantikan tersebut dalam satu majlis di ibu pejabat NADMA, di …