fbpx

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

HALUAN KL Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim

GOMBAK, 1 Mei 2021 — Memberikan perhatian dan cakna kepada keperluan ibu tunggal, para janda dan miskin sudah menjadi sunah dan saranan Rasulullah SAW. HALUAN cawangan Kuala Lumpur telah menyantuni seramai 16 keluarga ibu tunggal dalam sebuah majlis ‘‘Program Santuni Ibu Tungal & Anak Yatim’’ pada 1 Mei yang lalu.

Sumbangan pek makanan dan wang tunai telah disampaikan dalam usaha meringankan bebanan sekaligus mengukir senyuman di wajah mereka, para wanita yang di bahunya menggalas tanggungjawab bukan sahaja sebagai ibu malah merekalah juga ketua keluarga.  

Turut bersama menyampaikan sumbangan itu adalah Naib Presiden 6 HALUAN, Dr. Zurina Muda. HALUAN mengucapkan jutaan penghargaan buat para penyumbang.

Peluang anda untuk menyumbang masih dibuka. HALUAN menyasarkan RM40,000 untuk diagihkan kepada 460 keluarga ibu tunggal seluruh Malaysia.

Salurkan derma ikhlas anda secara online melalui https://barakahramadan.com


Laporan Faiz Shukri, mediaHALUAN