fbpx

Bahagia Kuarantin di Sebalik “Kurungan”

Bahagia Kuarantin di Sebalik “Kurungan”

Bahagia Kuarantin di Sebalik “Kurungan”

Walaupun dalam keterbatasan, kita masih mempunyai sebab untuk bersyukur dan terus tersenyum. ۞ وَأَمَّا الَّذِينَ سُعِدُوا فَفِي الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۖ عَطَاءً غَيْرَ مَجْذُوذٍ

Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. -Surah Hud [11:108]

Carilah hikmah kebahagiaan di sebalik musibah yang menimpa. Kerana orang yang positif sentiasa tenang dan sabar.

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kebahagiaan sebenar di sana. Kuncinya Iman & Amal Soleh. Bersama keluarga di saat ini merupakan jalan menuju kebahagiaan.
Admin tadarus surah al-Kahfi hari ini bersama anak-anak, sampai kata mereka: “Abi, bila nak habis ni?” 😆
Moga ia jadi legasi kebahagiaan berpanjangan. Happy International Day of Happiness!

Kongsikan aktiviti keluarga anda hari ini.