Musibah Berulang Tahun Yang Sama

Musibah Berulang Tahun Yang Sama

Musibah Berulang Tahun Yang Sama

KUALA BERANG, 24 Dis 2022  –  Hanya hati yang tabah serta sabar sahaja mampu mengharungi ujian musibah daripada Allah SWT untuk kali ke dua pada tahun yang sama. Begitulah ujian atau musibah yang sedang dihadapi oleh pasangan Encik Anuar Ibrahim, 60 tahun dan Puan Salmah Abdullah, 59 tahun dari Kampung Bukit Tok Bat di sini.  

Banjir besar pada 18 Disember lepas dan hari-hari sebelumnya merupakan musibah kali kedua dalam tahun ini, selepas bencana yang sama menimpa kampung berkenaan pada bulan Februari tahun 2022 ini juga.

Beliau yang merupakan pesara pekerja FGV Holdings telah mendiami rumah tersebut sejak 2018 dan tetap menempuhi musibah dengan hati yang penuh redha dengan apa yang Allah berikan.

“Banjir pada bulan Februari telah mengakibatkan kerugian barangan dalam rumah lebih kurang RM30,000.  Dan banjir kali ni pun mungkin menyebabkan kos sedemikian juga,”  ujar Anuar dengan nada penuh ketenangan.

 “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepada mu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” AlBaqarah 2:155-156

Beliau dan isteri mengucapkan jutaan terima kasih dengan kehadiran sukarelawan HALUAN cawangan Terengganu yang sudi membantu kerja-kerja pembersihan rumah beliau yang telah ditenggelami air sedalam tujuh kaki beberapa hari lepas.

“Saya yang menghidapi sakit jantung dipasang stent pada 2017 memang tak larat untuk melakukan kerja berat ni. Mujurlah anak-anak muda HALUAN datang bantu,” sambung beliau.

Pasukan sukarelawan Lebah Kuning yg diketuai oleh Ketua Operasi Lapangan, Ustaz Anas Abdullah bersama lebih 30 orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turun melibatkan diri membantu kerja-kerja sukarela hari ini.

“Ini kali pertama saya laksanakan kerja-kerja kesukarelawanan bersama HALUAN,”  kata Encik  Haikal Abdullah, pelajar tahun dua Sarjana Muda Maritim UMT. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi sukarelawan misi banjir di Kelantan berpendapat gerak kerja yang disusun oleh HALUAN lebih tersusun dan membolehkan mereka mendapat sijil rasmi untuk kiraan merit penyertaan kursus UMT.

Semoga aktiviti-aktiviti  bersama masyarakat dan untuk masyarakat akan menambahkan lagi khidmat bakti HALUAN serta mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

Anda juga boleh bersama berkongsi pahala dalam usaha santunan mangsa ini dengan menderma ke tabung khas:

Tabung Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

ATAU

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik Berhad
562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718

Ref: #MTL
wa.me/601120511909


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja Kemanusiaan & Kebajikan