fbpx

Pek Makanan SABASUN Untuk Mangsa Banjir Kuala Berang

Pek Makanan SABASUN Untuk Mangsa Banjir Kuala Berang

Pek Makanan SABASUN Untuk Mangsa Banjir Kuala Berang

KUALA BERANG, 25 Dis 2022 – Sebanyak 100 pek makanan telah diedarkan kepada mangsa banjir di Kampung Paya Besar dan Kampung Bukit Tok Bat di sini hasil sumbangan syarikat hyper runcit muslim SABASUN.

Sumbangan telah disampaikan oleh pihak SABASUN yang diwakili oleh Encik Wan Zulaidi Wan Abd Fatah, Encik Mukhtar Mahyudin Che Musa dan Encik Muhammad Syukur Ismail. Turut serta adalah wakil HALUAN Terengganu dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berkenaan.

Sebagai salah satu pusat barangan runcit utama di Terengganu, SABASUN juga memainkan peranan mendidik masyarakat di sini untuk sentiasa saling membantu dengan menyediakan tabung untuk menderma. SABASUN juga menyokong projek  kemanusiaan di luar negara terutama di Palestin.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada SABASUN HYPERUNCIT dalam menghulurkan sumbangan.

Semoga kerjasama antara SABASUN dan HALUAN akan dapat meringankan bebanan kesusahan mangsa banjir.


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja Kemanusiaan & Kebajikan HALUAN