Majlis Iftar Gembirakan Pelarian Rohingya
BANDAR BARU BANGI, 12 Mei 2021 – Kemurahan hati para penderma di Malaysia melalui kempen “Sejuta Barakah Ramadan” yang lepas mampu memberikan sedikit keceriaan kepada umat Islam berbangsa Rohingya di sana-sini.
Kutipan berkenaan telah membantu seramai lebih 1,500 individu pelarian etnik Rohingya yang berada di sekitar Alor Setar dan Seri Kembangan, Selangor. Juga mereka yang berada di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh, khususnya di perkampungan Aziz Nagar, Camp 10 Balukhali, Camp Kutupalong, dan Camp 25 Leda Musoni.
Terima kasih rakyat Malaysia! Anda telah membawa sinar kegembiraan di wajah mereka tua dan muda. Semoga Allah SWT membalasnya dengan kerahmatan kepada semua penyumbang yang budiman.
Teruskan menderma ke tabung kebajikan kami agar kami dapat bantu anda salurkan kepada mereka yang miskin, tertindas dan memerlukan.
Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Biro Kemanusiaan HALUAN