fbpx

Lapar Mereka Tidak Sama Dengan Lapar Kita

Lapar Mereka Tidak Sama Dengan Lapar Kita

Lapar Mereka Tidak Sama Dengan Lapar Kita

Apa perasaan anda apabila melihat bayi anda menangis kerana laparkan susu? Mesti anda cepat-cepat cari ibunya atau membancuh susu.

Bayangkan anda tiada wang untuk membeli susu, dan susu si ibu pun sudah kering lantaran tiada makanan yang menjadi sumber susu. Tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa, si ibu memeluk erat si bayi sambil turut menangis.

Bayi kecil itu terus menangis. Menangis dan terus menangis sehingga tertidur keletihan.

Pilu si ayah, sedih si ibu, hanya yang merasa sahaja tahu.

Begitulah perasaan ibu dan ayah pelarian Syria. Bagi kita makanan adalah perkara biasa, tetapi bagi mereka makanan adalah kenikmatan.

Marilah bantu mereka. Korbankan roti john dan murtabak anda untuk hari ini, hulurkan bantuan kepada mereka. Mana tahu, roti john yang kita korbankan itu adalah kunci pintu syurga kita.

SejutaBarakahRamadan

__
Rebut Keberkatan Ramadan – Sedekah Untuk Food4Syria
Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian
https://www.haluan.org.my/donations/food4syria/

Join Broadcast List HALUAN