fbpx

Kunjungan Hormat Dari Filipina

Kunjungan Hormat Dari Filipina

Kunjungan Hormat Dari Filipina

BANDAR BARU BANGI, 5 Dis2022 – HALUAN telah menerima kunjungan hormat rombongan dari Cotabato, Mindanao, Filipina. Rombongan seramai 19 orang itu diketuai oleh Madam Dulia Dandalanin Sultan. Beliau merupakan isteri kepada Datuk Bandar Pikit Cotabato, Mindanao. 

HALUAN terlibat secara langsung dalam misi kemanusiaan di wilayah itu. Kunjungan pertama kali ini juga merupakan kunjungan balas atas  perwakilan HALUAN ke tempat mereka beberapa tahun lepas.  Ahli rombongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang itu sangat teruja dapat menjejakkan kaki ke pejabat HALUAN dan  mendengar sendiri taklimat berkenaan aktiviti HALUAN di Malaysia dan serata dunia.

Pegawai pengiring rombongan tersebut ialah Encik Nasser Gayagay yang juga merupakan wakil HALUAN di Cotabato. Beliau banyak membantu HALUAN dalam aktiviti kemanusiaan di Mindanao terutama dalam penyampaian bantuan iftar kepada anak-anak yatim semasabulan ramadan.  Konflik peperangan yang berpanjangan sebelum ini telah menimbulkan  masalah kepada anak-anak yatim dan kemiskinan menjadi antara masalah terbesar di sana.

Ketibaan kumpulan rombongan ini telah disambut oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Profesor Dr Mohtar Ibrahim dan Dr Norhaiza Nordin selaku Naib yang Dipertua HALUAN cawangan Putrajaya bersama  Ketua Biro HALUANITA Putrajaya, Puan Norashikin Mohd Tahir.

Taklimat berkenaan HALUAN telah disampaikan oleh Dr Mohtar Ibrahim manakala aktivivi berkenaan HALUANITA telah disampaikan oleh Naib Presiden HALUAN, Dr Zurina Muda. Ucapan balas daripada  pihak rombongan telah disampaikan oleh Madam Dalia Dandalin sendiri. Beliau menyampaikan hasrat untuk melakukan kerjasama dan menjadi wakil HALUAN dalam melaksanakan kerja- kerja bantuan kemanusiaan di Cotabato.

Pada sesi penutup para tetamu telah diraikan dengan makan tengahari.


Laporan oleh Mohd Jamil Muda, SU Biro Misi Kemanusiaan