fbpx

Korban Aidil Adha di Aceh

Korban Aidil Adha di Aceh

Korban Aidil Adha di Aceh

ACHEH, INDONESIA, 3 Sept 2017 – HALUAN seperti tahun-tahun yang lepas telah menghantar pasukan sukarelawannya ke beberapa negara yang memerlukan sumbangan seperti Bangladesh, Sri Lanka, Aceh dan lain-lain. Mereka membawa amanah peserta-peserta yang mengambil bahagian melaksanakan ibadah korban luar negara untuk melakukan penyembelihan dan pengagihan daging korban kepada yang berhak menerimanya.

HALUAN Pulau Pinang telah diamanahkan untuk menguruskan penghantaran pasukan korban dan ziarah ke Desa Sagoe, PD Jaya di Aceh. Rombongan berada di sana dari 30 Ogos hingga 3 September lepas, diketuai Encik Nasharuddin Johar.

Objektif pasukan ini selain daripada menunaikan amanah ibadah korban ialah meneruskan kerja memantapkan perjalanan operasi Rumah Quran HALUAN Barakah (RQHB) dari segi perkembangan infrastruktur dan pelajaran.

Untuk memanfaatkan kehadiran pasukan HALUAN, program aktiviti kanak-kanak, penyampaian sumbangan dana oleh Dato’ Prof Ahmad Yusoff Hassan kepada pengerusi RQHB, Encik Ismail Salleh dan program menyantuni masyarakat setempat dijalankan.

RQHB adalah projek jangka panjang HALUAN di Desa Sagoe hasil daripada sumbangan dana rakyat Malaysia semasa Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Acheh 2016/2017 yang lepas. Sumbangan berterusan anda masih diperlukan untuk tujuan kemasyarakatan ke arah Al-Quran ini. Suatu pengorbanan yang besar di sisi Allah SWT.

Anda boleh terus menyumbang ke akaun berikut:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank
5622 6350 2611

Email sumbangan anda ke dengan tajuk [Aceh]


Laporan oleh Abdul Halim Khudri, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Pulau Pinang