fbpx

KKH Sama Bantu Mangsa Banjir Kelantan

KKH Sama Bantu Mangsa Banjir Kelantan

KKH Sama Bantu Mangsa Banjir Kelantan

PASIR PUTEH, 25 Dis 2022  –  Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) negeri Kelantan turut bersama menyertai misi banjir monsun timur laut bertempat di Taman Pasir Puteh Indah di sini semalam.

KKH yang diwakili Dr. Mohd Afham Mohd Ariff dan Dr. Hazimi Hamzah telah menyediakan khidmat kesihatan kepada mangsa banjir yang mengalami demam, penyakit kulit dan sebagainya.

Terdapat juga pesakit darah tinggi yang terputus bekalan ubat telah menerima ubat darah tinggi agar kelangsungan rawatan dapat terus berjalan dengan baik.

Petugas KKH turut tidak ketinggalan membantu kerja pembersihan bersama pasukan Lebah Kuning demi meringankan beban penduduk setempat agar kehidupan mereka boleh kembali kepada normal secepat mungkin.


Laporan HALUAN Kelantan