fbpx

“Jesus Dalam Bible” Sabtu Ini

“Jesus Dalam Bible” Sabtu Ini

“Jesus Dalam Bible” Sabtu Ini

BANDAR BARU BANGI, 18 Mei 2019 – Kami mesti hadir – itu adalah janji para peserta kursus sulung DKM (Dakwah Kepada Misionari) yang bermula 18 Mei lepas di sini.

Kursus anjuran Biro HALUAN Fitrah (BHF) itu membimbing masyarakat Islam agar berani berhujah dengan para misionari yang menyebarkan ajaran Krisitianiti di tempat awam, tidak kira samada kepada bukan Muslim mahupun yang Muslim. Kelibat pemuda-pemudi berbaju serba putih itu sudah sekian lama menjadi igaun ramai umat Islam di Malaysia, namun mereka tidak tahu bagaimana berdepan dengan golongan itu. Kini tidak lagi.

Kursus DKM sebanyak sembilan modul ini telah diaturkan sebegitu rupa hinggakan peserta yang mengikutinya mampu membuat misionari memikir balik tentang kandungan anutan mereka. Penyampai kursus, Ustaz Amin Yaacob berkata amat senang berdakwah balik kepada para mubaligh berkenaan jika susunatur ilmu dipelajari dengan betul melalui kursus DKM ini.

Pada Sabtu 18 Mei lepas, beliau telah mengajar dan berinteraksi selama tiga jam dengan peserta dengan tajuk “Kenapa Belajar Ilmu Perbandingan Agama”. Lebih memeranjatkan apabila beliau memberitahu peserta bahawa ilmu ini sampai kepada salasilah Sayidina Usman bin Affan melalui perantaraan beberapa orang guru selepas itu.

“Kedudukan atau taraf majlis ilmu lebih tinggi berbanding majlis berzikir, sepertimana ditunjuki oleh Rasulullah SAW sendiri apabila baginda memasuki masjid dan mendapati dua majlis berkenaan berjalan serentak. Menurut Imam Ghazali, baginda tanpa lengah mendekati majlis ilmu sebagai keutamaan. Bermakna, mencari ilmu terutama dalam bidang-bidang yang kita tidak arif menjadi tuntutan keutamaan bagi kita. Salah satu kelemahan umat Melayu Islam di Malaysia kini adalah ilmu berhujah dengan mubaligh dengan fakta yang betul,” katanya kepada wartawan HALUAN.

Malah Ustaz Amin turut berkata ilmu kontemporari yang dipelajari sekarang bersanad sambung kepada sumber yang sahih. Beliau turut menyusun bahawa ilmu yang diajar oleh Dr Zakir Naik itu ada susungalurnya. Beliau menjadi murid kepada Almarhum Sheikh Ahmad Deedat, yang memperolehi ilmu berkenaan berdasarkan kitab-kitab terkenal karangan Maulana Syeikh Rahmatullah Khairunawi Al Usmani Rahimahullah dalam tulisan Kitab Izharul Haq. Beliau berketurunan Saidina Usman.

Beliau turut menghuraikan bagaimana Khairunawi bangkit mempertahankan Islam di India semasa dakyah misionari cuba menghancurkan pegangan umat Islam di sana yang berakhir dengan kekalahan teruk para bishop, paderi dan mubaligh Kristian yang bersekutu dalam siri perdebatan yang terkenal dalam sejarah tamadun agama dunia. Nyawa beliau akhirnya diancam pihak kolonial British hinggalah beliau sempat melarikan diri ke tanah Arab dan menambah ilmunya di sana.

Peranan dakwah perbandingan agama di Tanah Melayu pula semakin berputik sejak tahun 1960an lagi. Pada tahun 1977, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menerbitkan sebuah buku kecil lagi nipis bertajuk Mengapa Saya Tidak Menjadi Kristian sebagai rujukan awam di Malaysia.

“Ramai para ulamak besar dan faqih ilmuan berpendapat bahawa mempelajari ilmu comparative religion atau muqaranah al-adyan ini menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam di mana saja mereka berada. Ia menjadi benteng kepada keimanan dan ketaqwaan setiap umat Islam hinggakan mempelajari ilmu ini mampu lebih memperkukuhkan aqidah dan keyakinan Muslim kepada Islam yang mereka anuti sebagai agama warisan,” jelas beliau.

Katanya, dalam mazhab Maliki, Imam Al-Qurtubi dianggap juara dalam bidang ini. Mazhab Hambali pula di bayangi oleh Imam Ibnu Taimiyyah. Di alaf ini, Syeikhul Azhar Syeikh Mahmud Syed Syaltut pula berkata ilmu perbandingan agama ini adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam dan hukumnya adalah fardhu kifayah.

Para peserta teruja dengan penjelasan ustaz tentang sejarah ilmu ini bermula daripada Sheikh Ahmad Deedat sehinggalah kepada dialog di antara rombongan pendakwah Islam mewakili Rasulullah SAW yang berhujah dengan Raja Habsyah dan Najran yang kedua-duanya adalah Nasrani.

Menurut Ketua BHF, Dr Basil Towil, HALUAN menampilkan tokoh seperti Ustaz Amin demi mendidik generasi muda Malaysia supaya bersikap terbuka dengan bidang ilmu sebegini. Kaedahnya adalah dengan memahami kandungannya dan kemudiannya berdakwah balas dalam suasana kebijaksanaan, objektif dan terhormat tanpa menghina agama berkenaan. “Saya seru semua umat Islam terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk tampil daftar ke kursus ini,” ujar beliau.

Anda turut teruja?

Jom sertai kami dalam siri kedua kursus DKM pada Sabtu minggu ini, 25 Mei 9.30 pagi ke 12.30 tengahari di dewan seminar, Ibupejabat HALUAN, seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sila daftar secara online untuk belajar pula kisah” Jesus Di Dalam Bible”. Yuran cumalah RM20.

Daftar di pautan ini: www.haluan.org.my/event/dkm

Laporan Unit Media

Biro HALUAN Fitrah

Ustaz Amin Yaacob petah melatih bakal dai’e secara interaksi terus
Dr Basir (kanan, bekaca mata) bersama peserta lain terhibur dengan penerangan interkasi oleh pengajar
Ustaz Amin Yaacob menyoroti betapa pentingnya ilmu perbandingan agama untuk hadapi realiti hidup
Peserta kursus tekun dengar penyampaian yang realistik berfakta daripada Ustaz Amin