fbpx

Iftar Orang Asli di RPS Air Banun

Iftar Orang Asli di RPS Air Banun

Iftar Orang Asli di RPS Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 11 Mei 2021 – Barakah ada pada yang sedikit. Begitulah ungkapan Tok Batin, Ali Bah Pintu semasa berbuka puasa dengan anak buah kampung beliau di Kampung Sungai Raba di sini semalam.

Dengan modal sumbangan HALUAN sebanyak RM200 sahaja, mereka berjimat untuk memasak sendiri untuk juadah iftar untuk dimakan bersama di surau kampung berkenaan, diikuti dengan solat maghrib dan tarawikh berjamaah. Majlis berjalan lancar walaupun para relawan HALUAN Pulau Pinang tidak boleh menyertai disebabkan pandemik COVID-19.

“Penduduk kampung terdiri daripada 41 buah keluarga ini sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada semua para penyumbang. Sebelum daripada ini, iaitu pada 6 Mei lepas, kami telah membekalkan barang-barang keperluan dapur seperti beras, tepung dan gula bernilai lebih RM1,500 kepada penduduk dua buah kampung iaitu di Sungai Raba dan di Air Banun. Kami sedar dan bersimpati bahawa kesan PKP ini telah banyak menjejaskan pendapatan harian penduduk kampung kerana kesukaran untuk memasarkan hasil pencarian daripada hutan,” menurut YDP HALUAN cawangan Pulau Pinang, Encik Encik Iznan Husainy Hasbullah.

Menurut Tok Batin Kampung Air Banun pula, Encik Cheknekleg, pelaksanaan PKP telah membatasi pergerakan orang-orang kampung yang pada kebiasaannya mencari rotan, akar kayu dan herba untuk dijual kepada peraih yang masuk ke kampung mereka. Kini tidak lagi dengan adanya PKP. Mereka juga tidak boleh mengusahakan tanaman komersil disebabkan serangan binatang buas seperti gajah dan babi hutan. Maka pandemik ini telah menyekat mata pencarian mereka di segenap sudut.. Beliau mengharapkan usaha HALUAN membantu mereka untuk bertani secara komersil di kampung mereka akan membuahkan hasil dengan kaedah kawalan serangan bersepadu.

Jom kita bantu masyarakat miskin bawah daripada kategori B40 ini untuk memajukan diri mereka demi mencari sesuap rezeki. HALUAN mengajak anda menderma ke akaun: Maybank No. 5572 5006 2982 atas nama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, dengan notasi “Orang Asli Banun”

Program Pembangunan Minda Edu-Banun Anak-Anak Orang Asli

RM16,421 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00


Laporan Abdul Halim Khudri, Biro Kebajikan HALUAN