fbpx

HALUAN SOKONG ARAHAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19

HALUAN SOKONG ARAHAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19

HALUAN SOKONG ARAHAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
1 Jun 2021

BANDAR BARU BANGI, 1 Jun 2021 – HALUAN prihatin dengan peningkatan kes COVID-19 di dalam negara. Hasil dari data yang diperolehi serta perbincangan antara ahli HALUAN yang terdiri daripada doktor dan pengamal perubatan daripada pelbagai bidang, memberi pandangan bahawa kami MENYOKONG kepada pematuhan arahan pengambilan vaksin COVID-19 oleh Kerajaan Malaysia.

Sejajar dengan dasar Kerajaan, semua vaksin yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia telah pun mendapat kelulusan daripada Agensi Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) yang bertanggungjawab mengawalselia segala jenis ubatan dan vaksin dari pengeluar untuk digunakan di Malaysia. Dari data ujian klinikal yang telah dijalankan adalah didapati bahawa Vaksin COVID-19 yang telah dibeli oleh Kerajaan Malaysia selamat untuk digunakan. Pandangan ini juga selaras dengan resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam(MKI) ke-10 yang telah menetapkan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah HARUS dan WAJIB diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia

Pematuhan kepada pengambilan vaksin atas arahan Kerajaan Malaysia ini adalah merupakan ikhtiar untuk membendung kemudaratan yang lebih besar ke atas kesihatan dan nyawa masyarakat serta mengurangkan tekanan kepada institusi kesihatan secara khususnya dan kesejahteraan negara secara amnya.

Sama-sama kita berdoa dan berharap hanya kepada Allah agar usaha ini dapat menghilangkan penyakit COVID-19 dari masyarakat kita dan keseluruhannya agar kehidupan dan aktiviti kesihatan, sosial dan ekonomi pulih seperti sediakala.


  • Hubungi : Prof Dr Mohd Zamrin Dimon
  • Tel : 0195790383
  • Web : www.haluan.org.my
  • Emel : drzamrin@gmail.com

#