fbpx

HALUAN N9 Prihatin Pengorbanan Pasukan Perubatan

HALUAN N9 Prihatin Pengorbanan Pasukan Perubatan

HALUAN N9 Prihatin Pengorbanan Pasukan Perubatan

SEREMBAN, 9 April 2020 – HALUAN cawangan Negeri Sembilan telah melancarkan “Tabung Frontliners-COVID-19” bermula pada 23 Mac sehingga 14 April ini.

Tabung ini bertujuan memberi peluang kepada semua ahli HALUAN serta masyarakat awam untuk menyumbang bagi membantu pasukan petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus demi kesejahteraan dan kesihatan masyarakat akibat wabak COVID-19 ini. Dengan itu, HALUAN Negeri Sembilan mempelawa semua ahli masyarakat menjadikan HALUAN sebagai satu saluran masyarakat menyalurkan sumbangan berbentuk wang, peralatan, makanan dan lain-lain yang sesuai dengan keperluan pasukan petugas barisan hadapan.

Keprihatinan ini disalurkan melalui bantuan pek-pek makanan malam, makanan kering, peralatan kesihatan, minuman susu berperisa UHT kotak, air botol, tisu, thermos flash, sabun antibax, sabun basuh pinggan, pengering rambut dan lain-lain yang sesuai.

Penghantaran dan sumbangan pertama telah disampaikan oleh YDP HALUAN Negeri Sembilan, Encik Jailani Yusoff kepada Pegawai Khidmat Pelanggan, Hospital Besar Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, Puan Nurul Ain Ghazali. Manakala penyerahan sumbangan di Hospital Rembau disampaikan kepada Pegawai Tadbir Kanannya, Puan Khairinyanti Kamarudin. Turut serta dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Setiausaha HALUAN Negeri Sembilan, Encik Shahruddin Shafri.

Dalam ucapannya, Encik Jailani juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana sudi menerima sumbangan tidak seberapa itudaripada HALUAN demi menzahirkan penghargaan dan terima kasih daripada rakyat Malaysia khususnya kepada para petugas kesihatan hospital-hospital berkenaan.

“Saya bagi pihak HALUAN Negeri Sembilan juga ingin mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada para dermawan yang sudi berganding dengan kami dalam menjayakan projek ini. Kita sama-samaberdoa agar para petugas perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Rembau akan sentiasa selamat dan tabah menjalankan tugasan mereka,” kata beliau lagi.

HALUAN akan terus menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan HTTJ sehingga 14hb April ini berdasarkan jumlah wang sumbangan yang dikumpul sehingga kempen ini tamat pada 14/04/2020.

Anda juga boleh menyumbang terus ke akaun: HALUAN Cawangan Negeri Sembilan iaitu CIMB Islamic : 86 0111 0709. Tandakan sebagai “Tabung COVID19”.

Untuk sebarang maklumat lanjut, silalah hubungi relawan-relawan kami Encik Nawawi Abdul Samad di talian 011-1168 3746, Encik Jailani Yusuff (019-260 2546) dan Puan Noraini Osman (019-3425 742).


Laporan HALUAN Negeri Sembilan