fbpx

HALUAN Komited Bantu Petugas Barisan Hadapan COVID-19

HALUAN Komited Bantu Petugas Barisan Hadapan COVID-19

HALUAN Komited Bantu Petugas Barisan Hadapan COVID-19

SUNGAI BULOH, 22 Dis 2020 – Bermula gelombang pertama pandemik COVID-19 hinggalah ke gelombang ketiga HALUAN terus komited membantu membekalkan pakaian PPE untuk ‘frontliner’ perubatan.

HALUAN cawangan Terengganu bersama sukarelawan di Terengganu yang diketuai Puan Rohaya Kadir telah bekerjasama dengan Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai menyediakan PPE untuk barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Kini, apabila Malaysia dilanda gelombang ketiga COVID-19, HALUAN dan IKBN Wakaf Tapai sekali lagi mengambil inisiatif menyediakan PPE untuk kegunaan barisan hadapan perubatan tersebut.

Seramai 185 orang para pelajar bidang jahitan IKBN Wakaf Tapai di bawah bimbingan Puan Nurulakmar Alias telah menjayakan projek ini. Projek bantuan kali ini juga telah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri melalui Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan & NGO Terengganu, Ustaz Wan Suhairi Wan Abdullah.

PPE yang dihasilkan kali ini diserahkan kepada dua lokasi berlainan. Serahan pertama adalah kepada Hospital Tawau, Sabah pada awal bulan ini dengan menggunakan penerbangan TUDM. Serahan dilakukan oleh HALUAN Sabah yang diwakili NYDP1 HALUAN cawangan Sabah, Dr. Mohd Fauzy Mat Sani.

Hari ini HALUAN melakukan serahan PPE yang kedua kepada Hospital Sungai Buloh. Penyerahan tersebut diuruskan oleh HALUAN cawangan Selangor. Majlis penyerahan diketuai oleh NYDP2 HALUAN Selangor, Ahmad Makinudin Dahlan.

Menurut Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Encik Mohd Jamil Muda, merangkap pengurus projek ini, “Setakat ini, bantuan PPE yang dihasilkan melalui projek ini adalah bernilai RM286,000. Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pelbagai pihak yang telah menderma serta menjayakan projek ini. Masyarakat Malaysia sangat prihatin dan sanggup membantu di mana boleh untuk membanteras wabak merbahaya ini. HALUAN selaku NGO untuk masyarakat akan memudahcarakan apa sahaja bantuan yang boleh disalurkan kepada semua frontliners.”

Beliau juga menyatakan kesediaan pihak HALUAN meneruskan bantuan PPE jika keadaan masih memerlukan dan bersedia mendapatkan sokongan daripada pihak yang berkenaan.

Anda juga boleh berperanan membantu kami. Teruskan amal bakti anda dengan menderma ke Tabung Misi Kemanusiaan HALUAN di akaun:

Bantuan Kebajikan Pandemik COVID-19

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan Abu Bakr Mohd Sidek