fbpx

HALUAN Kedah Turut Santuni “Frontliners” di Hospital

HALUAN Kedah Turut Santuni “Frontliners” di Hospital

HALUAN Kedah Turut Santuni “Frontliners” di Hospital

ALOR SETAR,  25 Mac 2020 –  HALUAN cawangan Kedah tampil menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada petugas hospital yang sedang merawat pesakit-pesakit COVID-19 di Kedah demi menyahut seruan Presiden HALUAN agar terus berbakti kepada petugas barisan hadapan berkenaan.

Sumbangan makanan dan minuman tersebut telah diserahkan kepada wakil petugas kesihatan Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Lama Alor Setar dan Hospital Jitra pada 23 dan 24 Mac. 

Sumbangan kecil ini jelas menghadirkan senyuman kepada kakitangan di hospital-hospital ini kerana ia melambangkan keprihatinan masyarakat terhadap kerja keras yang sedang mereka laksanakan ketika mendepani wabak pandemik ini.

Doa kita semua semoga sedikit pemberian ini mampu melancarkan tugasan para “frontliners” ini agar mereka berupaya untuk terus menjalankan tugasan mereka secara optimum. Terima kasih buat mereka semua.


Laporan mediaHALUAN Kedah