fbpx

Ekspedisi Bukit Keluang Runtun Mental dan Fizikal

Ekspedisi Bukit Keluang Runtun Mental dan Fizikal

Ekspedisi Bukit Keluang Runtun Mental dan Fizikal

BESUT, 3 Jan 2020 – “Ekspedisi Bukit Keluang” sememangnya aktiviti outdoor yang dinanti-nantikan oleh para pemuda pemudi aktif di daerah ini dan Kelantan.

Bertemakan Luaskan Pandangan Suburkan Ukhuwah, Biro Pemuda HALUAN Kelantan telah menganjurkan program rehlah berkenaan bertempat di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Program ini telah berjaya menghimpun seramai 125 orang peserta yang terdiri daripada kalangan ahli HALUAN, lepasan iJDK, mahasiswa-mahasiswi KTD dan relawan HALUAN.

Program dimulakan pada 2 Januari dengan sesi tadabbur surah Al- Kahfi yang telah disampaikan oleh Ketua Biro Pemuda HALUAN, Encik Muhammad Siddiqi Jamaludin. Beliau menerangkan tentang sifat Ashabul Kahfi yang perlu dicontohi oleh generasi muslim hari ini. Para peserta telah menginap di Asrama KTD di Kota Bharu menjelang penyertaan ekspedisi keesokan harinya.

Para peserta memulakan pendakian seawal 9 pagi dan diberikan beberapa tugasan sepanjang pendakian. Antara tugasan yang diberikan adalah berkenalan sesama peserta dan mengambil ibrah sepanjang perjalanan. Para peserta dapat menyelesaikan pendakian menjelang tengahari.

Program diakhiri dengan penyampaian penutup oleh Ketua Bahagian Latihan dan Kepimpinan HALUAN Kelantan, Cikgu Mahmud Jaaffar. Beliau telah menekankan tentang kepentingan memerhatikan alam ciptaan Allah dalam mewujudkan sifat kehambaan yang mendalam dalam kehidupan.

Salah seorang peserta yang hadir berkata beliau menyifatkan program tersebut sangat memberi kesan kepada dirinya dan banyak nilai yang dipelajari seperti perlu memiliki kekuatan mental dan fizikal dalam mencapai setiap matlamat hidup. Menurut Pengarah Ekspedisi Bukit Keluang, Dr Mohd Afham Mohd Ariff, “Program ini meletakkan objektif utama iaitu mendedahkan para peserta dengan alam ciptaan Allah SWT dan menyediakan para peserta dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang dalam kehidupan.”

Pihak HALUAN Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir ke program ini. Semoga segala perkongsian dan input-input yang diperolehi mampu dijadikan panduan agar dimanfaatkan untuk kepentingan ummah pada masa akan datang.


Laporan Biro Pemuda HALUAN Kelantan