SBR6 – Tajaan Iftar

SBR6 – Tajaan Iftar
590 Donors

-27 Days Left

SBR6 – Tajaan Iftar

Raised: RM50,513.50 / Goal: RM88,167.00

Donate Now

LAMAN UTAMA SEJUTA BARAKAH RAMADAN 6.0


Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Al-Tirmidzi, Abu Isa, Sunan al-Tirmidzi, 1975, Kaherah, Maktabah Mustafa al-Bab al-Halabi, jld. 3, hlmn. 162.)
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ menukilkan kata-kata al-Mutawalli bahawa jika seseorang tidak mampu untuk memberi makanan yang berat seperti makan malam, maka disunatkan juga untuk memberi makan walaupun hanya sebiji tamar, segelas air atau susu.
Sumbangan bagi kempen ini diperlukan untuk agihan makanan berbuka puasa atau menyediakan majlis berbuka puasa untuk mualaf, anak yatim, pelarian, pelajar dan golongan yang memerlukan akibat kemiskinan atau bencana di Malaysia, Mindanao, Selatan Thailand, Pakistan, Yaman, Syria dan Palestin.

Penerima Manfaat:

  1. 2,000 keluarga di Gaza dan Kem Pelarian Palestin di Ein El-Hilweh (Lubnan), dan majlis berbuka di Masjid al-Aqsa.
  2. 150 mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan.
  3. 200 mahasiswa Malaysia di Mesir dan 50 mahasiswa di Turkiye.
  4. 350 anak-anak dan guru di 10 buah tadika tempatan.
  5. 1,000 keluarga di kem pelarian di Idlib dan utara Syria.
  6. 500 keluarga asnaf, termasuk anak-anak yatim di asrama, di wilayah Narathiwat, Satun dan Chiang Rai.
  7. 500 mualaf di kawasan Manila dan Mindanao.
  8. 100 keluarga miskin dan pelarian di Sanaa, Yaman.
  9. 500 keluarga fakir miskin di Hyderabad, Pakistan.
  10. 500 keluarga pelarian Syria, Palestin dan Rohingya di Malaysia.
  11. 200 keluarga orang asli.