
Dirgahayu Tuanku
Ibarat kapal dengan nakhoda,
Penentu arah menuju destinasi,
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Raja adil rakyat harmoni.
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Turut didoakan semoga Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta putera-putera, puteri-puteri dan kaum kerabat Seri Paduka Baginda berdua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, dilanjutkan usia dan berada dalam keadaan sihat walafiat.
Dirgahayu Tuanku.
__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my