fbpx

i-JDK 2021 Norma baru – High Iman, High Tech, dan High Touch

i-JDK 2021 Norma baru – High Iman, High Tech, dan High Touch

i-JDK 2021 Norma baru – High Iman, High Tech, dan High Touch

SHAH ALAM, 7 Jun 2021 – Seramai 101 orang peserta di kalangan lepasan SPM 2020 telah mendaftar dan turut bersama memeriahkan perasmian Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (i-JDK) 2021 tahun ini yang dilancarkan secara atas talian buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran JDK yang bermula dari tahun 2011. Ini berikutan situasi pandemik COVID-19 yang telah melanda negara sejak tahun lepas.

Perasmian kursus kali ke-11 itu telah disempurnakan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman dan turut dihadiri AJK HALUAN.

Dr. Abdullah dalam ucapannya berkata, para pelajar dan pemuda-pemudi adalah aset dan modal insan yang sangat besar bagi pembangunan negara dan agama Islam. Mereka harus menjadi contoh kepada masyarakat dengan menonjolkan akhlak Islam melalui sepuluh ciri utama sebagai Muslim.

Sepuluh ciri tersebut adalah aqidah sejahtera, ibadah yang benar, akhlak yang mantap, sihat tubuh badan, intelektual dalam berfikir, berjuang melawan hawa nafsu, menjaga waktu, teratur dalam segala urusan, mampu bekerja dan bermanfaat kepada orang lain. Mereka perlu mencorakkan kehidupan mereka dengan mengamalkan semua sifat tersebut. Mereka bukan sahaja kena bermanfaat kepada diri sendiri, malahan bermanfaat untuk ummah.

Peserta datang dari pelbagai negeri di seluruh negara dan mula mendaftar pada 8.30 pagi. Setelah mendaftar, mereka telah diberikan taklimat dan melalui sesi ice-breaking. Antara slot utama yang dipersembahkan kepada para pelajar adalah team building, goal setting, slot bersama dengan Imam Muda Asyraf dan pengenalan kepada Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP).

Objektif i-JDK 2021 ialah melahirkan generasi yang mapan, berdaya saing, profesional dan beretika serta dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi masa kini demi memenuhi tanggungjawab dan tuntutan kepimpinan masa depan, sebagai umat yang terbaik, cemerlang di dunia dan di akhirat. Tema yang digunakan kali ini adalah High Iman, High Tech, High Touch.


Laporan Mohammad Naqib Hamdan, Setiausaha i-JDK 2021