fbpx

COVID-19: Sukarelawan TFHAL1SABAH Salur Pek Makanan ke Lapan Lokasi

COVID-19: Sukarelawan TFHAL1SABAH Salur Pek Makanan ke Lapan Lokasi

COVID-19: Sukarelawan TFHAL1SABAH Salur Pek Makanan ke Lapan Lokasi

KOTA KINABALU, 26 Mac 2020 – Sukarelawan daripada Projek Tabung Frontliner COVID-19 HALUAN Sabah (TFHAL1SABAH) telah berusaha mengumpulkan dana awam bagi menyediakan sajian makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia di lapan lokasi sekitar Kota Kinabalu.

Keprihatinan ini selaras sanjungan masyarakat awam kerana dedikasi, pengorbanan serta kerja keras staf KKM dalam usaha mengekang jangkitan virus Covid-19 itu. Sudah ada staf KKM yang meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Menurut YDP HALUAN Sabah, Abdul Syed Sabul Imam, hospital dan klinik yang terlibat termasuklah Pusat Saringan Hospital Queen Elizabeth 1, Pusat Kesihatan Klinik Putatan, Bilik Gerakan Hospital Bukit Padang dan beberapa buah hospital, klinik dan Pejabat Kesihatan lain.

TFHAL1SABAH adalah suatu inisiatif HALUAN cawangan Sabah yang mensasarkan aktiviti kesukarelawanan bagi meringankan bebanan petugas di barisan hadapan yang sedang berusaha mengawal dan menangani wabak COVID-19 di negara pada ketika ini.

Menurut Penyelaras TFHAL1SABAH di Kota Kinabalu, Encik Yaras Yusup, projek ini dirancang setelah perbincangan dilakukan bersama-sama pegawai bertugas di Bilik Gerakan Ibu pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan Bilik Gerakan Hospital Bukit Padang pada 23 Mac lepas.

Sumbangan pek makanan tengahari ini bermula dari 24 hingga 31 Mac ini dengan memberi manfaat kepada kira-kira 135 orang petugas perubatan. Pihak HALUAN akan berbincang untuk melanjutkan projek bekalan ini berdasarkan anjakan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat ke 14 April, katanya lagi.


Laporan unit mediaHALUAN HALUAN Sabah