fbpx

Artikel

Israel Rancang Bina 5000 Lagi Perumahan di Jerusalem

Israel Rancang Bina 5000 Lagi Perumahan di Jerusalem

Jerusalem yang dijajah, 26 Disember – Menteri Perumahan Israel merancang untuk membina dan memasarkan hampir 5000 unit baru untuk penduduk Yahudi di Jerusalem Timur dan Barat yang diduduki. Peguam Qais Nasser Yousef, seorang pakar dalam bidang Pembinaan dan Perancangan Undang-Undang, menyatakan bahawa pada tahun 2010 Menteri Perumahan Israel telah menjual lebih dari 1400 unit di …

Sarjan Israel: Kami Mangsa Keganasan Rakyat Palestin

Disember, Kesatuan Massachusetts Utara untuk Palestin (Western Massachusetts Coalition for Palestine) telah menganjurkan sebuah protes terhadap majlis bertema  : “Menghadapi Keganasan : Sebuah Kisah Realiti” bertempat di kampus Universiti Massachusetts di Amherst. Seorang sarjan dari tentera Israel, Kenny Sachs telah dijemput sebagai penceramah undangan dalam majlis tersebut yang ditaja oleh Persatuan Pelajar Penyokong Israel (Student …

Ahli Parlimen Israel: Semua Penumpang Mavi Marmawa Wajar Dibunuh Kerana Mereka Pengganas

Ahli Parlimen Israel: Semua Penumpang Mavi Marmawa Wajar Dibunuh Kerana Mereka Pengganas

Sumber-sumber Israel melaporkan pada Rabu (15/12) bahawa Ahli Parlimen Knesset Israel dari Parti Likud, Dani Dannon, telah mengirim surat kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengatakan kepadanya bahawa tentera Israel sewajarnya telah membunuh semua penumpang Kapal Mavi Marmara yang menuju ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan. Selama serangan yang berlangsung pada tarikh 31 Mei, …

Belgium Sumbang 600,000 EURO Untuk Bantuan Pelarian Palestin

Belgium menyumbangkan € 600,000 (Euro) untuk membantu pelarian Palestin di Lubnan utara, demikian UNAWR untuk pelarian palestin memaklumkan. Sumbangan bantuan Belgium tersebut akan digunakan untuk membangunkan kembali kem pelarian Nahr al-Bared Palestin yang dihancurkan ketika pertempuran antara tentera Lubnan dan militan Fatah al-Islam pada tahun 2007. Kerajaan Belgium juga sebelum ini telah menyumbangkan 2.000.000 € …

Derita Areej, 4 Tahun Mangsa Bom Fosforus Putih Israel, Siapa Yang Peduli?

 Areej adalah seorang kanak-kanak kecil berusia 4 tahun dari Sabra di Gaza. Dia adalah seorang yatim piatu, ayahnya terbunuh akibat serangan bom Israel. Areej menghadapi masalah pada kulitnya yang semakin memburuk akibat kesan daripada fosforus putih ketika pencerobohan Israel ke atas Gaza pada 2008-2009. Sehingga saat ini beliau masih belum menerima sebarang pemeriksaan lanjutan. Keluarganya …

Serangan Mavi Marmara: Tiada Pampasan, Enggan Mohon Maaf

Dalam satu laporan menyatakan bahawa Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Negara haram Israel, telah mencadangkan membayar pampasan kepada waris keluarga aktivis Turki yang terbunuh dalam serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara sebagai imbalan atas bantuan Turki untuk melindungi angkatan laut Israel daripada tuntutan undang-undang antarabangsa, demikian kata para pegawai Israel. Dalam draf …

Selepas Kebakaran, Ribut Melanda Israel

Akhbar berita online Israel Jpost melaporkan bahawa negara itu kini dilanda ribut kencang selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya. Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah meranapkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik. Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa …

Persatuan Ulama Palestin: Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh

Persatuan Ulama Palestin: Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh

GAZA, 12 Dis – Persatuan Ulama Palestin (LPS) telah memberi amaran kepada negara-negara Arab dan Islam akan tindakan agresif penghancuran Israel semakin meningkat di sekitar Masjid Al-Aqsa, begitu juga kegiatan penempatan haram dan yahudisasi di Baitulmuqaddis yang diduduki terutama di sekitar Masjid Al-Aqsa. LPS membuat kenyataan tersebut pada Sabtu (11/12) bahawa pihak kuasa Israel (tentera …

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

TEL AVIV, 11 Dis – Sekitar 10,000 warga Israel, Palestin dan pemukim Israel di Tel Aviv mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat (10/12). Mereka memberi amaran bahawa tindakan sentimen perkauman Israel akan menyebabkan ancaman terhadap demokrasi di negara ini. Dalam demonstrasi tersebut turut melibatkan hampir 1,000 pelarian dan pencari suaka dari Sudan, Somalia dan bahagian lain …

Tentera Zionis Menembak Remaja di Gaza

GAZA, 10 Dis – Tentera Israel telah menembak seorang pemuda palestin yang sedang mengutip serpihan batu berhampiran sempadan Gaza pada tengahari Jumaat kelmarin. Jurucakap pasukan Perubatan Gaza, Adham Abu Salmia, berkata pemuda berumur 16 tahun tersebut telah ditembak di utara Beit Lahiya. Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital Dar Ash-Shifa dan dilaporkan stabil. Menurut Abu …