fbpx

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

TEL AVIV, 11 Dis – Sekitar 10,000 warga Israel, Palestin dan pemukim Israel di Tel Aviv mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat (10/12). Mereka memberi amaran bahawa tindakan sentimen perkauman Israel akan menyebabkan ancaman terhadap demokrasi di negara ini. Dalam demonstrasi tersebut turut melibatkan hampir 1,000 pelarian dan pencari suaka dari Sudan, Somalia dan bahagian lain dari Afrika. Lebih dari 120 kumpulan hak asasi manusia di Israel dan NGO bergabung sempena sambutan tahunan Hari Perhimpunan Hak Asasi Manusia kali kedua yang dianjurkan oleh Persatuan Hak-Hak Sivil di Israel (ACRI). Ketika mereka berbaris melalui jalan-jalan ke Rabin Square, demonstran mengangkat kain rentang bertuliskan “Hak asasi manusia adalah untuk semua orang” dan “Biarkan aku hidup dengan kebebasan dan martabat,”. “Demo ini adalah kesatuan suara komuniti memperjuangkan hak asasi manusia di Israel yang menyokong hak asasi manusia, demokrasi dan kesamaan hak bagi semua warga Israel,” kata Pengarah Eksekutif ACRI, Hagai El-Ad kepada media AFP. “Apa yang telah terjadi selama 18 bulan terakhir ini sangat serius dimanapun anda melihat terjadinya diskriminasi,” kata beliau lagi. “Tahun yang buruk bagi hak asasi manusia” di Israel dengan meningkatkan usaha untuk menggalakkan rasis dan anti-demokratik. “Demokrasi sedang diserang di setiap penjuru dan serangan terhadap demokrasi yang datang dari dalam kerajaan itu sendiri ..” (mna/afp)