Artikel

Pemimpin Palestin Berbuka Puasa Bersama Rakyat

Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa. Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan. Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haneyya telah mempamerkan satu contoh perihatinan …

Hakikat Pelarian Palestin

Seramai 4.8 juta penduduk Palestin telah menjadi pelarian di Negara sendiri atau di Luar Negara gara-gara rampasan tanah dan sikap apartheid zionis Israel laknatullah. Angka tersebut merupakan mereka yang berdaftar dengan ‘United Nation Relief and Work Agency’ iaitu satu badan di dalam Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang dipertanggungjawabkan mengurus hal ehwal pelarian Palestin.  Namun jumlah 4.8 …

Penyusunan Semula Kerakyatan Zionis Israel

Awal pagi semalam, Selasa 3 Ogos 2010, seramai 230 orang pendatang Yahudi daripada Amerika Utara tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion. Mereka berlepas daripada Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dengan menaiki kapal terbang sewa khas. Ini merupakan sebahagian daripada program membawa masuk pendatang Yahudi di bawah kendalian Nefesh B’Nefesh, sebuah pertubuhan bukan kerajaan …

Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

Tahun 1948 Israel telah mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah Negara selepas menjajahi lebih kurang 78% daripada bumi Palestin dan menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah mereka. Seterusnya pada 1967, Israel merampas 22% yang selebihnya daripada rakyat Palestin, dan sehingga kini rakyat Pealestin kekal di bawah jajahan mereka. Seperti apa yang kita dengar selama ini, kini israel …

Majlis Guru Besar Terengganu Himpun Pendidik Kongsi Pengalaman Bersama Aktivis LL4G

Majlis Guru Besar Terengganu dengan kerjasama HALUAN Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan Ceramah Perkongsian Pengalaman aktivis Lifeline For Gaza yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang Terengganu. Majlis dimulakan dengan ucapan.Pengerusi Majlis Guru Besar Terengganu, Tuan Hj Yusuf bin Karim. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangganya kerana diantara sukarelawan HALUAN yang terlibat dalam konvoi …

Pelajar Terbaik Gaza Belajar Di bawah Cahaya Lampu Minyak

“Saya hanya belajar di bawah cahaya pelita dan cahaya telefon bimbit” Asma Amin Tubasi dari Rafah, pelajar cemerlang  kelas Tawjihi  menceritakan bahawa ayahnya ada menyuruhnya berhenti belajar dengan menggunakan lampu minyak kerana telah kerap berlaku siri kemalangan di Jaluran Gaza terhadap  anak-anak Gaza sehingga menyebabkan kecederaan  dan rumah terbakar kerana bahan api yang digunakan adalah tidak …

Israel & Amerika Merterai Perjanjian Bina Perisai Tercanggih

Jerusalem, 26 Julai 2010 – Israel dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membina perisai balistik Arrow II yang mampu menembak jatuh peluru berpandu di dataran yang lebih tinggi, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Israel pada hari Ahad (25/7). Arrow III akan membolehkan Israel “menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan jarak jauh” dan …

Sifat Dan Karakteristik Yahudi

Maha Suci Allah, pencipta alam buana, pencipta segala makhluk di alam raya tidak kira alam wujud atau alam ghaib. Begitulah Maha Hebat Al Khalik yang amat takruf dan mengetahui tentang yang diciptakanNya. Bangsa Yahudi juga ciptaan Allah, maka sudah tentu Allah lebih arif tentang mereka dari kita yang amat jahil ini. Allah yang amat penyayang …

Sukarelawan Konvoi Flotila Berkongsi Pengalaman Di Kuching

16 Julai 2010, Kuching — Sukerelawan HALUAN yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza telah mengadakan sesi penerangan permasalahan Palestin dan perkongsian pengalaman diserang tentera Zionis di atas kapal Mavi Marmara bersama-sama penduduk di sekitar Bandar Kuching. Dr Mohd Arbaai Shawal, seorang doktor perubatan yang juga ahli Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) diterbangkan khas dari Johor …

Israel Luluskan Penempatan Baru di Baitulmaqdis Timur

Majlis Bandaraya Jerusalem telah meluluskan satu lagi penempatan haram yang baru bagi membina 32 unit rumah-rumah Yahudi di kawasan Pisgat Ze’ev di Baitulmaqdis Timur. Keputusan telah dibuat pada hari Isnin 12 Julai, kurang seminggu selepas pertemuan antara Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, dengan Presiden Amerika, Barrack Obama di Washington. Media Israel melaporkan bahawa …