fbpx

Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

Tahun 1948 Israel telah mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah Negara selepas menjajahi lebih kurang 78% daripada bumi Palestin dan menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah mereka. Seterusnya pada 1967, Israel merampas 22% yang selebihnya daripada rakyat Palestin, dan sehingga kini rakyat Pealestin kekal di bawah jajahan mereka.


Seperti apa yang kita dengar selama ini, kini israel sedang membina yang dikatakan sebagai ’pagar keselamatan di sekeliling Tebing Barat, dengan alasan ianya diperlukan untuk menghalang pengganas-penggnas Palestin dari memasuki Israel.

Realitinya, ia tidak lebih dari sebuah penjara kerana pembinaan tembok itu di dalam kawasan Tebing Barat, Palestin. Tambahan pula tembok yang dibina begitu strategik dan telah diubahsuai di beberapa bahagian tempat bagi tujuan memisahkan pebempatan dan tanah Palestin daripada rakyat Palestin itu sendiri yang tinggal di 50 perkampungan yang berasingan. Malahan pembinaan tembok ini telah memisahkan para petani dari kebun mereka dan ia juga telah memisahkan kanak-kanak dari sekolah-sekolah mereka. Tambahan pula sebilangan petani telah dihalau daripada tanah yang selama ini menjadi milik mereka dengan memberitahu bahawa tanah itu telah menjadi milik Israel sekarangDengan itu timbullah kesan dari pembinaan tembok itu, ribuan rakyat Palestin yang kini tidak mempunyai pekerjaan. Apabila pembinaan itu siap, rakyat Palestin di Tebing Barat bakal kehilangan lebih 50 % daripada tanah mereka. Dengan jumlah lebih kurang 3.5 juta rakyat Palestin terpaksa tinggal dalam keadaan seraba kekurangan.

Fakta tentang tembok
Tembok pemisah itu dibina daripada simen, kawat berduri, pagar elektrik, parit, pasir jerlus, pengesan-pengesan pergerakan elektronik, menara kawalan yang dikawal pengawal-pengawal bersenjata, dan juga sebatang jalan bagi tujuan keselamatan. Pendek kata, amat sukar bagi manusia biasa untuk melepasi tembok yang serba canggih dan zalim itu. Sememangnya, jika yang diinginkan oleh pihak oleh pihak Zionis adalah usaha untuk menghalanh para pejuang Palestin dari menembusi tembok itu, maka secara fizikal dan logiknya mereka berupaya melakukannya dengan tembok tersebut. Pembinaan tembok itu memakan kos sebanyak USD satu juta per kilometer dan dijangka menjangkau melebihi 700 kilometer panjang setelah siap. Kebanyakan daripada kos itu ditanggung oleh Amerika Syarikat di atas alasan menjaga kestabilan dan keamanan di rantau tersebut. Sekurang-kurangnya 95000 rakyat Palestin (4.5% daripada seluruh populasi Tebing Barat) akan diasingkan dari pihak berkuasa rejim Zionis Israel oleh tembok itu dan mereka tiada hak untuk berjalan atau pun berurusan dengan pihak rejim. Tambahan pula, 200000 orang rakyat Palestin di Timur Jerusalem akan diasingkan dari Tebing Barat yang selebihnya. Ribuan ekar tanah telah dirampas dan diratakan untuk membina dinding itu, termasuklah ratusan ribu pokok yang hijau dan juga tanaman di ladang-ladang.  Rakyat Yahudi menyokong penuh pembinaan tembok itu kerana mereka telah diberitahu oleh pihak rejim Zionis bahawa ianya dibina untuk keselamatan mereka dan ia akan memastikan pengebom Palestin tidak akan berjaya melolosi tembok dan sanpai kepada mereka. Walhal, pada realitinya temboknya itu akan menimbulkan banyak ketidakstabilan di kawasan tersebut kerana ribuan rakyat Palestin sudah atau akan kehilanganpekerjaan, rumah dan kehidupan. Tanpa harapan, mereka akan mengambil jalan singkat dengan melakukan lebih banyak usaha pengeboman kerana marah dan juga kecewa. Kira-kira 20,000 rakyat palestin di utara telah ditempatkan di salah satu sudut tembok itu, dalam keadaan tanah pertanian mereka di tempat yang lain yang tidak mungkin mereka dapat melepasinya kecuali dengan kepayahan dan penuh dengan penyeksaan oleh pihak tentera Zionis yang mengawal pintu masuk di antara dua kawasan yang terpisah itu. Natijahnya, mereka semua akan kehilangan kehidupan, sumber pendapatan, pendidikan, perniagaan, keperluan makanan dan miniman, warisan dan juga keluarga. Sehingga kini 100 buah perniagaan milik rakyat Palestin telah musnah akibat pemisaan tersebut, yang mana ianya merupakan sumber pendapatan utama dan daya tahanan untuk sebilangan besar daripada anggota komuniti Palestin di Tebing Barat.Kemudahan perubatan telah menjadi isu yang amat payah dan rumit. Tembok pemisah tersebut telah menyebabkan orang-orang Palestin menjadi amat payah untuk pergi ke hospital-hospital untuk mendapatkan rawatan.

Qalqiliya, sebagai contoh kesengsaraan rakyat
Bandar yang dahulunya makmur ini, kini telah dikelilingi sepenuhnya oleh dua tembok dan hanya mempunyai satu pintu masuk yang dikawal ketat oleh dua sekatan jalan dan pemeriksaan. Tentera rejim Zionis yang berkawal hanya membuka pintu masuk dan keluar pada waktu pagi tanpa ada waktu yang tertentu (kadang-kadang hanya dibuka pada pukul 11 pagi) dan menutupnya pada waktu malam atau pun pada waktu-waktu yang mereka inginkan (di dalam sesetengah keadaan ianya ditutp hanya selepas beberapa jam dibuka). Kawalan yang sedemikian ketat menjadikan penduduk Qalqiliya hidup di dalam penjara yang besar dan terputus daripada hubungan dunia luar untuk keperluan harian dan bantuan perubatan. Dengan tembok pemisah ini, pihak rejim  Zionis telah mendapatkan kekuasaan penuh ke atas 72% dari tanah di sana daripada penduduk asal Qalqiliya berbangsa Arab Palestin, yang berukuran lebih kurang 86,000 ekar dan juga telah menawan tujuh perigi di daerah Qilqiliya. Kesemuanya ini didapati kerana tembok yang dibina memisahkan penempatan Arab Palestin itu daripada ladang-ladang, pejabat-pejabat, dan juga kawasan tadahan hujan mereka. Sekurang-kurangnya 300 keluarga kehilangan sumber pendapatan. Mereka hanya mendapat air untuk dua jam pada setiap hari.

Masa Depan Baitul Maqdis Akibat Tembok
Arah tembok itu akhirnya akan mengelilingi Baitul Maqdis secara sepenuhnya. Israel semenjak mula penjajahan lagi telah bergiat aktif dalam mengosongkan Tanah Suci daripada komuniti selain daripada bangsa Yahudi dengan meletakkan penempatan yang tidak sah di lokasi yang strategik, dan membawa penduduk ke tengah-tengah semua daerah yang didiami oleh bangsa Arab Palestin. Hasilnya, penempatan Yahudi bertambah besar, manakala penempatan Arab semakin kecil dengan sebilangan besar rumah-rumah mereka dirobohkan dan mereka dihalau keluar berdasarkan Undang-undang Pemilikan Tanah Terbiar tahun 1950 yang amat zalim.  Israel kini telah mengumumkan bahawa rancangan bagi menggantikan kad pengenalan biru dengan pasport Israel bagi semua penduduk Palestin yang tinggal di Baitul Maqdis. Mengikut perancangan rejim Zionis, orang-orang Arab yang memiliki pasport Israel dilarang tinggal di Baitul Maqdis. Dengan itu, semua rakyat Palestin akan dipaksa untuk keluar dari Tanah Suci. Dianggarkan lebih kurang 120,000 daripada 240,000 orang Arab Palestin akan menerima nasib seperti yang telah disebutkan. Mereka bukan sahaja tidak akan dapat memasuki Baitul Maqdis lagi selepas tembok itu siap dibina nanti, malah akan kehilangan status sebagai penduduk Baitul Maqdis.Antara kawasan penempatan Arab Palestin (Muslim dan Kristian) yang akan menerima nasib seperti ini ialah kawasan Kafr Aqab, al-Issawiya, Sur Bahir dan Anata. Kawasan-kawasan yang sekarang ini masih dianggap sebagai sebahagian daripada kawasan Baitul Maqdissemenjak berkurun-kurun lamanya, akan dipisahkan daripada Baitul Maqdis dengan tembok yang aakn siap dibina dan akan menjadi sebahagian daripada daerah di luar Baitul Maqdis. Dengan cara yang sedemikian keji, penduduk-penduduk kawasan tersebut yang beragama Islam tidak akan dibenarkan masuk ke dalam Masjid al-Aqsa secara mudah lagi. Jikalau itu merupakan tindakan di masa akan datang dan juga dalam jangka masa yang agak panjang, sekarang ini, malah semenjak dahulu lagipun rejim Zionis telah memulakan rancangan jahat mereka. Sehingga kini, lebih 54% daripada tanah milik orang Arab Palestin di Baitul Maqdis telah dirampas dan dijadikan milik kerajaan yang kononnya akan dijadikan hak umum. Begitu juga, rakyat Arab Palestin dari dahulu lagi tidak dibenarkan untuk membina, membaik pulih dan juga menambahkan bangunan milik mereka.

Barangsiapa yang degil dan melakukan apa-apa pembinaan, pembaikpulihan ataupun penambahan pada bangunan milik mereka, kerajaan rejim Zionis berhak untuk merobohkannya. Sehingga kini puluhan, malahan ratusan rumah telah menerima nasib yang sedemikan kerana engkar menurut perintah pihak rejim. Di satu sudut yang lain pula, lebih kurang 1000 penduduk Arab Palestin yang tinggal di dalam Baitul Maqdis kini berada di dalam bahaya menantikan rumah mereka untuk dirobohkan. Arkitek Majlis Perbandaran Baitul Maqdis, Uri Shetrit telah mengumumkan perancangan Majlis tersebut untuk merobohkan lebih 88 rumah di kawasan Silwan yang terletak di dalam kawasan Baitul Maqdis. B’Tselem, Pertubuhan Hak Asasi Manusia bangsa Yahudi yang beroperasi di Israel mengatakan tindakan tersebut sebagai ”polisi untuk menghalau penduduk Arab secara halus”. Di dalam laporannya yang bertajuk ”Revocation of Residency of East Jerusalem Palestians”, pertubuhan tersebut telah mengatakan: ”Sehingga kini ribuan rakyat Palestin telah dihalau keluar dari rumah mereka di Baitul Maqdis secara halus, dan ribuan lagi sedang menantikan nasib mereka yang lebih dahsyat. Seorang peguam di Biro Pengaduan Awam Israel yang berbangsa Yahudi, Eliahu Abrams telah menegaskan: ”Ini tidak syak lagi adalah isu pencabulan hak asasi manusia! Kerajaan Israel tidak menghalau rakyat Palestin (dari Baitul Maqdis) secara kekerasan, tetapi melakukannya secara perlahan, secara senyap dan juga dengan penuh strategi yang sofistikated”. Paul Findley, mantan ahli kongres Amerika Syarikat yang terkenal dengan kelantangan mengkritik Zionis telah berkata: ”(Polisi Israel berkaitan rakyat Palestin di Baitul Maqdis) adalah lebih tepat jika didefinisikan sebagai pembersihan etnik!”

Projek ”The Greater Jerusalem”
Jika projek pemusnahan rumah di Silwan dijalankan nanti, ianya akan menjadi usaha memusnahkan harta benda rakyat Palestin yang terbesar di kawasan timur Baitul Maqdis semenjak tahun 1967. Bagi rakyat Palestin pula, apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku merupakan sebahagian daripada projek ”The Greater Jerusalem” yang diinisiatifkan oleh Ariel Sharon sewaktu beliau menjadi Menteri Pembangunan pada tahun 1997 di dalam kabinet Benjamin Netanyahu. Projek tersebut bertujuan untuk menggabungkan di antara kawasan Baitul Maqdis Timur dengan kawasan penempatan Ma’ale Adumim yang didominasi oleh golongan ekstrimis Yahudi. Projek itu akan menyaksikan kawasan Baitul Maqdis yang besar itu akan bersih dari populasi non-Yahudi dan hanya akan didiami oleh bangsa Yahudi. Dengan cara ini di masa akan datang, pihak rejim Zionis akan bebas untuk memusnahkan kawasan al-Aqsa dan menggantikannya dengan kuil Yahudi (Haykal). Dengan cara ini juga, hasrat rejim Zionis untuk menjadikan Baitul Maqdis atau ”Urshalem” di dalam bahasa Ibrani sebagai ”ibu kota abadi” bagi Israel seperti yang pernah disebutkan oleh semua pemimpin-pemimpin rejim Zionis semenjak dari dahulu lagi berjaya. Persoalannya di manakah isu Baitul Maqdis ini di dalam persidangan-persidangan OIC? Adakah cukup dengan sekadar menunjukkan simpati terhadap nasib pelarian Palestin sahaja tanpa melihat kepada isu sebenar yang lebih utama? Atau kesemuya pemimpin negara-negara Islam hanya akan tersedar apabila Baitul Maqdis tidak lagi didiami oleh kaum Muslimin dan Masjid al-Aqsa dirobohkan. Pada waktu itu semuanya telah terlambat.