fbpx

Belasungkawa buat keluarga arwah Azizan Abu

Belasungkawa buat keluarga arwah Azizan Abu

YAN, 16 Mei 2012 — Seluruh barisan kepimpinan HALUAN Malaysia ingin merakam setinggi belansungkawa dan takziah kepada keluarga arwah Azizan Abu, 50, yang maut akibat dipanah petir baru-baru ini. Arwah merupakan salah seorang aktivis HALUAN Kedah yang sangat berdedikasi dan konsisten berkhidmat kepada masyarakat, terutamanya sekitar daerah Yan, Kedah.

Azizan adalah salah seorang perintis program Khidmat Masyarakat HALUAN (KHIDMAH) yang telah dijalankan di Kampung Setar, Yan anjuran HALUAN dengan kerjasama Jawatankuasa Qariyah Masjid Kampung Setar, Yan pada tahun 2008. Beliau juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SK Kampung Setar, Yan selain Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kawasan Jerai serta amil zakat di daerah itu.

Arwah meninggalkan isteri serta enam orang anak berusia Sembilan hingga 21 tahun yang sebahagian merupakan lepasan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Kelantan.

Semoga seluruh keluarga arwah diberi kesabaran dalam menghadapi musibah ini. HALUAN mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Laporan lanjut di:
Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PetanimautdipanahpetirdiYan/Article
Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Mangsapetirmimpimati/Article
MalaysiaKini: http://www.malaysiakini.com/news/198116?fb_comment_id=fbc_10150810422843364_21815374_10150810650828364#f394aef2e8
mStar Online: http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=%2F2012%2F5%2F16%2Fmstar_jenayah%2F20120516165235&;sec=mstar_jenayah
Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/semasa/petani-maut-dipanah-petir-1.48505
Bernama: http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=666585&;cat=ut