fbpx

Bantuan Kotak Makanan Mangsa Banjir Pakistan

Bantuan Kotak Makanan Mangsa Banjir Pakistan

Bantuan Kotak Makanan Mangsa Banjir Pakistan

KARACHI, 4 Okt 2022  –  Banjir besar yang melanda Pakistan Jun 14 lepas telah membunuh lebih 1,600 manusia, mengakibatkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal, kerosakan tempat tinggal dan ladang tanaman, serta kehilangan binatang ternakan yang menjadi sumber makanan dan pendapatan kepada mereka. 

Kebanyakan mereka yang terselamat kini tinggal di khemah-khemah sementara yang amat dhaif. Ada di antara mereka terpaksa meredah air yang bertakung kerana perkampungan mereka telah dikelilingi air termenung sejak banjir besar tersebut tempoh hari. 

Buat permulaan, HALUAN telah menghulurkan bantuan kotak makanan untuk 50 buah keluarga di perkampungan yang bernama Alipur di Daerah Tando Muhammad Khan, dalam Negeri Sindh. Bantuan telah disalurkan melalui rakan NGO di sana, Yayasan Jaza Ul Ihsan.

Setiausaha Agung Yayasan Jaza Ul Ihsan, Hussain Akhtar mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak HALUAN dan rakyat Malaysia khasnya atas keprihatinan menghulur bantuan kepada mangsa banjir berkenaan.

Pihak HALUAN juga sedang merancang menghantar pasukan pemantau koordinasi untuk meninjau lebih mendalam bentuk bantuan berterusan untuk jangka lebih panjang.

Banjir itu disebabkan oleh hujan monsun yang lebih lebat daripada biasa dan pencairan glasier yang mendadak akibat gelombang haba yang teruk, yang semuanya dikaitkan dengan perubahan iklim dunia. Ia adalah banjir paling parah di dunia sejak banjir Asia Selatan 2017 dan disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah negara berkenaan. Pada 25 Ogos, Pakistan mengisytiharkan darurat kerana bencana banjir berkenaan. Kerajaan Pakistan telah menganggarkan kerugian bernilai AS$40 bilion akibat banjir itu.

Antara yang mati termasuk 555 kanak-kanak, dan 12,860 jiwa lagi telah cedera. Lebih 546,000 orang tinggal di kem sementara, rata-rata masyarakat yang miskin. Lebih 800,000 buah rumah musnah terus dan 1.2 juta lagi rosak. Sindh dan Balochistan adalah dua wilayah yang paling terjejas dari segi kesan manusia dan infrastruktur.

Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman mendakwa pada 29 Ogos bahawa “satu pertiga” negara berkenaan berada di bawah air, dan “tiada tanah kering untuk mengepam air keluar,” sambil menambah bahawa ia adalah “krisis yang tidak dapat dibayangkan.” Di samping itu, Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNOSAT melaporkan bahawa 75,000 km persegi bumi Pakistan telah dinaiki air (sekitar 9% daripada bumi Pakistan) dengan USAID menyatakan keluasan air banjir maksimum 32,800 batu persegi (sekitar 10% daripada Pakistan). 

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan rakyat Malaysia melalui HALUAN akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka buat sementara waktu. Marilah kita terus menyumbang mengikut kemampuan kita. Sumbangan berharga anda boleh dihulurkan secara online melalui pautan di bawah: 

CARE4PAKISTAN FLOOD

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

ATAU

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik Berhad
562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718

wa.me/601120511909


Laporan Shahkirin Mohd Shah