fbpx

ASSAK77 – HALUAN P.Pinang Ceriakan Aidilfitri Orang Asli

ASSAK77 – HALUAN P.Pinang Ceriakan Aidilfitri Orang Asli

ASSAK77 – HALUAN P.Pinang Ceriakan Aidilfitri Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 14 Mei 2021 – Dermawan kepada tabung kebajikan orang asli telah membawa seribu keceriaan Aidil Fitri di dua buah kampung mereka di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini.

Gabungan dana daripada HALUAN cawangan Pulau Pinang yang berganding dengan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK77) berjumlah RM1,500 telah membolehkan penduduk Kampung Sungai Raba dan Kampung Air Banun menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan. Walaupun relawan HALUAN tidak dapat turun di lapangan untuk membantu persiapan majlis sambutan tersebut, berita serta gambar yang diterima melalui ustaz penggerak di sana, Ustaz Askee Ali, amat menceriakan.

“Kami difahamkan bahawa Ustaz Askee membantu menyiapkan bahan memasak seperti beras pulut untuk lemang, ayam segar serta bahan masakan yang lain untuk kedua-dua buah kampung tersebut yang mempunyai sebanyak 68 buah keluarga, sekitar 350 orang penduduk. Pendapatan mereka amat terjejas akibat PKP dek wabak COVID-19 dan di akhir ramadan lepas, mereka tertanya bagaimanakah mereka akan sambut Aidil Fitri tanpa wang. Gabungan kutipan kami dua buah entiti ini membawa sejuta makna dan keceriaan untuk mereka,” jelas YDP HALUAN Pulau Pinang, Encik Iznan Husainy Hasbullah.

Menyedari bahawa dana mencukupi, penduduk lelaki kedua-dua buah kampung berkenaan telah bersemangat memasuki hutan berhampiran untuk menebang buluh lemang sambil menghimpun kayu kering untuk bahan bakar. Wanita mereka pula sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk rendang ayam.

“Ini bukan kali pertama kami berkoloborasi dengan pihak alumni ASSAK77 ini. Malahan selama dua tahun lepas berturut-turut, mereka telah juga menjayakan ibadah korban bersama kami di RPS Air Banun; tiga ekor lembu pada 2019 dan empat ekor pada 2020 bersama Akademi Tarbawi. Pada tahun 2021 ini pula, saya difahamkan bahawa ASSAK77 sudahpun komited dengan tiga ekor lembu korban untuk kampung-kampung sekitar sini. Kami mewakili orang asli di sini mengucapkan jutaan terima kasih atas kerpihatinan ahli mereka. Jarang sekali mereka dapat merasa makan daging. Mungkin setahun sekali sahaja dengan kategori mereka yang sememangnya miskin,” jelas Iznan Husainy dengan nada yang menginsafkan.

Solat dan khutbah Raya Aidilfitri tahun 1442 Hijrah telah dilaksanakan oleh pegawai agama daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Ust Mohd Bahari Latif. Solat hari raya diadakan di Surau Jumaat, Kampung Sungai Raba. Selesai solat, para penduduk kampung masing-masing telah menikmati jamuan raya seperti lemang, rendang ayam, dan pelbagai kuih-muih serta juadah lain. Lebih 300 penduduk kampung terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa telah menghadiri sambutan itu. Air muka kegembiraan jelas terpancar di kalangan mereka, masing-masing bergembira bersempena hari raya walaupun hidup dalam serba kekurangan dalam hutan Belum berkenaan.

Menginsafkan? Kami ambil kesempatan ini menyeru orang ramai untuk terus menyumbang kepada tabung pembelaan nasib orang asli di RPS Air Banun. Semua sumbangan ikhlas anda boleh dimasukkan ke Akaun Maybank No. 5572 5006 2982 atas nama: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, dengan notasi “Orang Asli Banun”.

Program Pembangunan Minda Edu-Banun Anak-Anak Orang Asli

RM16,421 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Relawan-relawan HALUAN sentiasa turun ke kampung terbabit setiap bulan bagi menghantar bantuan makanan kering di samping membantu projek pertanian komersil mereka di sana.


Laporan Abdul Halim Khudri, Biro Kebajikan HALUAN