fbpx

50 Ahli HALUAN Sertai Kursus Pengurusan Jenazah

50 Ahli HALUAN Sertai Kursus Pengurusan Jenazah

50 Ahli HALUAN Sertai Kursus Pengurusan Jenazah

15 November 2009, PUTRAJAYA – Unit Khidmat Sosial Masjid Putra, Putrajaya telah bekerjasama dengan HALUAN Malaysia bagi mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah 2009 di Dewan Kuliah 2, Masjid Putra.


Kursus yang diadakan dari 14hb hingga 15hb November yang lalu telah dihadiri oleh seramai 50 orang ahli HALUAN.

Peserta-peserta yang hadir adalah dari pelbagai latarbelakang, antaranya para iman, ahli jawatankuasa Masjid, guru dan pengetua dan juga aktivis masyarakat. Barisan pemuda-pemudi HALUAN juga tidak ketinggalan menyertai kursus yang julung-julung kali diadakan ini.

Di sepanjang program, para peserta telah dibimbing melalui dua sesi kuliah utama dan 3 latihan amal bagi memantapkan kefahaman mereka. Satu pengalaman menarik berlaku apabila para peserta muslimin diminta menguruskan jenazah seorang warga emas yang kebetulan meninggal dunia di Putrajaya pada hari tersebut. Sesi tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Abdul Hamid Abdul Ghani dari Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA), Maktab PDRM Kuala Lumpur. Ini merupakan latihan praktikal sebenar yang tidak mungkin dilupakan oleh peserta kursus ini, di mana mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana urusan persediaan memandikan jenazah, mengkafankan jenazah dan menyembahyangkan jenazah dilaksanakan.

Di hari kedua kursus, para peserta telah di bawa ke tanah perkuburan Presint 20 Putrajaya bagi sesi latih amal urusan pengkebumian dan permasalahan di tanah kubur.

Turut hadir menyertai kursus tersebut ialah Naib Presiden 2 HALUAN Malaysia, Hj Mohd Sabbri Md Yudin.