fbpx

48 Ahli HALUANSISWA Hadiri Training of Trainers Kem Komanden Siri 1

48 Ahli HALUANSISWA Hadiri Training of Trainers Kem Komanden Siri 1

48 Ahli HALUANSISWA Hadiri Training of Trainers Kem Komanden Siri 1

Pada 27 – 29 Disember yang lalu, seramai 48 orang peserta yang terpilih daripada IPT Semenanjung Malaysia telah berkumpul di Asrama HALUAN Penyayang di Shah Alam untuk menghadiri Training of Trainers Kem Komanden Siri 1 anjuran Biro Latihan HALUAN.


Peserta yang hadir merupakan ahli Kelab Mahasiswa HALUAN (HALUANSISWA) yang telah banyak menceburkan diri dalam mengendalikan kem-kem yang bersifat outdoor dan juga indoor.

Jurulatih yang telah dijemput hadir merupakan pakar dalam bidang masing-masing. En. Mustafa Kamil, panggilan mesranya Pak Mus, telah banyak berkongsi pengalaman dengan para peserta sepanjang beliau menceburkan diri dalam bidang perlatihan (training). Bermula dengan penyediaan kertas kerja sehingga ke proses membuat bajet, semuanya dikongsi bersama dan telah dijalankan secara praktikal.

Peserta juga berpeluang mendengar taklimat dan berkongsi pengalaman bersama Dr. Wan Muhaizan bt. Wan Mustafa, Ketua HALUANITA Pusat dan merupakan penggerak modul  Kem PESONA. Dalam taklimat tersebut beliau berkongsi luahan rasa serta pendapat beliau tentang tugas, tanggungjawab dan ciri-ciri seorang kem komanden yang baik.

Pada hari terakhir, kedatangan Dr. Azizan b. Ahmad, Setiausaha Agung HALUAN yang juga merupakan pakar motivasi telah membuka mata para peserta akan kepentingan latihan dan juga menjadi seorang kem komanden serta fasilitator yang baik.

Kemahiran pengucapan awam, memenangi hati dan juga sikap proaktif turut diterapkan sepanjang program tersebut. Insya Allah, moga dengan kehadiran program ini, lebih banyak lagi kem-kem yang akan diadakan di masa hadapan akan semakin berkesan dengan kehadiran kem komanden yang lebih bertanggungjawab dan mesra serta sentiasa meletakkan keperluan syara’ sebagai asas dalam setiap perancangan dan tindakan.