Pengenalan
Kelab Siswa Haluan (HaluanSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN.
Motto
"Bersahsiah, Dekat & Bererti"
Visi
HaluanSiswa bertekad untuk melahirkan mahasiswa yang mapan aqidahnya, cemerlang akademiknya, mulia peribadinya & cakna persekitarannya.
Misi
- Menjadikan HaluanSiswa sebagai organisasi mahasiswa yang Rabbaniyyah.
- Menyediakan pendidikan terancang bagi membangunkan mahasiswa yang alim, bermanfaat lagi mujahid.
- Membentuk mahasiswa teladan yang dapat memenuhi tuntutan intelektual.
- Memperkukuh dan memperluas hubungan dengan pendukung dakwah kampus di institusi-institusi pengajian tinggi.
- Menyediakan wacana pendidikan yang terancang bagi menumbuhkan kepekaan terhadap keperluan mahasiswa dan masyarakat sekitarnya.
Aktiviti
Antara aktiviti yang menjadi fokus HaluanSiswa termasuklah:
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
1. Brotherhood Camp
2. Kolokium HaluanSiswa Nasional
3. Program Qiamullail Berkala
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
1. Hijrah Menara Gading
2. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa(SKEMA)
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
1. Seminar Kepimpinan HaluanSiswa
2. Bengkel Perancangan Strategik
PROGRAM PEMANTAPAN JASMANI
1. Rekreasi HaluanSiswa Nasional
2. Perkhemahan HaluanSiswa Nasional
3. Karnival Sukan Inter IPT
Organisasi
Pengerusi: Sdr Solehuddin Bin Shuib
Naib Pengerusi: Ust Wan Mohd Nahar Bin Othman
Setiausaha: Ust Muhammad Muzakkir Bin Che Ani
Keahlian
Keahlian HALUANsiswa adalah terbuka kepada semua mahasiswa/i di institut pengajian tinggi di dalam dan di luar Negara.



Lebih dari 2700 bahasa dituturkan di dunia ini, dengan lebih 7000 loghat yang berbeza. Indonesia sahaja mempunyai 365 bahasa yang berbeza. SubhanaLlah.







