
ASRAMA HALUAN PENYAYANG
Rasulullah Sangat Menyayangi Anak-Anak Yatim
Asrama HALUAN Penyang (AHP) – menempatkan anak yatim dan miskin di Shah Alam.
AHP merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Di sini, HALUAN sebagai pihak pengurusan asrama berusaha menyempurnakan segala keperluan asas makan dan minum, tempat tinggal, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan agar mereka terbela dan terbina saksiah yang soleh musleh. Penekanan khusus diberikan di dalam pembangunan potensi diri dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi melalui pelbagai program dan aktiviti yang terancang.
Penghuni AHP adalah terdiri pelajar-pelajar lelaki dan berumur dari 8 tahun ke 17 tahun. Mereka datang dari pelbagai negeri di Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Pembiayaian operasi AHP adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat prihatin.
Marilah kita berganding bahu, bersama-sama membantu pembelajaran anak-anak yatim, semoga dengan bantuan ini dapat memberi sinar harapan untuk mereka lebih bersemangat menuntut ilmu.
Salurkan secara online melalui:-
https://www.haluan.org.my/donations/ahp2022
ATAU
Tabung Anak Yatim Dan Miskin HALUAN Penyayang
Bank Islam
12038010081098
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
CIMB Islamic
8603287310
Ref: #AHP
wa.me/601120511909
__
Rebut Keberkatan Ramadan
Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian
barakahramadan.com
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my