Hampir tiga tahun sudah berlalu namun kasih sayang rakyat Malaysia terhadap mangsa tsunami dan pencairan tanah (likuifaksi) di Palu serta Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia terus mengalir hingga kini. Tragedi yang mengorbankan 2,113 nyawa pada tanggal 29 September 2018 itu turut memusnahkan 66,926 kediaman di wilayah berkenaan.
Biarpun bencana luar biasa ini kian dilupai namun sumbangan dana kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia masih disalurkan tanpa henti. Harapan mangsa terus didengar dan dipenuhi.
Bantuan HALUAN telah memfokus kepada pembinaan penempatan sementara, pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi. Usaha ini telah diteruskan oleh Biro HALUANITA HALUAN. AlhamduliLlah sebanyak 72 unit Rumah HALUAN Prihatin (RHP) telah dibina daripada sumbangan masyarakat Malaysia yang diamanahkan kepada HALUAN untuk diuruskan.
Mari kita dengar sembang santai perlaksanaan Ibadah Korban 1443H di RHP dan perkembangan terkini kehidupan mereka di sana.
IBADAH KORBAN 1442H:
WARNA WARNI IBADAH KORBAN DONGGALA
AHAD | 15 OGOS 2021 | 9:30 MALAM
_
Subscribe to TVHALUAN
https://goo.gl/zhcazt
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my