
Keganasan Zionis Membunuh 19 Warga Gaza (Foto Siri 1)
GAZA, 16 Nov 2012 – Tentera pengganas rejim Zionis melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut dan darat ke bumi Gaza. Terkini, 19 warga Gaza manakala hampir 200 lagi tercedera.
Keganasan Zionis bukan lagi suatu aksi kejahatan yang terselindung. Namun media ternama dunia, baik BBC mahupun CNN, dengan segala muslihat mereka berjaya menutup pandangan manusia. Masyarakat dunia hanya melihat roket-roket dari Gaza yang jatuh ke wilayah negara haram Zionis itu. Raungan dan ratapan atas kematian askar-askar pengganas Zionis terpapar di kaca TV, sedangkan rakyat Gaza yang dibunuh, enam daripadanya kanak-kanak, seakan-akan tidak pernah berlaku.
Janganlah kita tutup mata, lihatlah apa yang mereka lakukan ke atas saudara kita di Gaza. Kemudian tanyalah iman kita, apakah kita hanya mahu melihat, atau berbuat sesuatu untuk membantu mereka? Yang pasti, setiap kita akan ditanya oleh Allah kelak, bersedialah dengan jawapan yang baik.
Sumbangan untuk mereka, terutama untuk tujuan bantuan perubatan, boleh diamanahkan melalui HALUAN di akaun “Tabung Palestin HALUAN” seperti berikut:
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528
Hanin Tafish: bayi perempuan berumur 10 bulan terbunuh akibat kecederaan dalam serangan pada 15 Nov 2012 died Kepulan asap di Bandar Gaza selepas serangan udara pada 15 November. (Majdi Fathi / APA Images) Pasukan bomba Palestin berusaha memadam kebakaran kereta yang dinaiki Ahmad al-Jabari, seorang ketua pasukan mujahidin Ezuddin al Qassam, setelah dihentam dengan serangan roket dari udara di Bandar Gaza, 14 November. (Ashraf Amra / APA images) Pengkebumian remaja 13 tahun, Ahmad Abu Daqqa di Abbassan al-Kabira, timur Khan Younis, 9 November. Remaja ini ditembak di perut oleh askar Zionis ketika beliau sedang bermain bola di luar rumahnya. (Anne Paq / ActiveStills) Editor Foto bagi BBC Arabic, Jihad Misharawi dan isterinya ketika pengkebumian Omar, bayi lelaki mereka berumur yang 11 bulan menjadi korban serangan Zionis ke atas rumah mereka di Bandar Gaza pada 15 November. (Majdi Fathi / APA images) Penduduk Gaza berarak membawa jenazah seorang pejuang Palestin yang terbunuh dalam serangan udara tentera Zionis di bandar Khan Younis pada 28 Oktober. Pejuang Palestin bertindak menyerang balas dengan melancarkan roket ke wilayah negara haram Yahudi itu pada 15 November. Ruangan dapur di sebuah rumah di selatan bandar Kiryat Malachi rosak. Di sinilah tiga orang Zionis terbunuh apabila mereka dihentam roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin. (Oren Ziv / ActiveStills) Askar Zionis menunjukkan arahan tentera kepada seorang jurukamera yang merakamkan serangan dari selatan negara haram itu, pada 15 November. Zionis melarang jurnalis daripada memasuki wilayah Gaza untuk membuat laporan. (Oren Ziv / ActiveStills) Seorang doktor di Hospital As Shifa menggunakan suluhan lampu dari telefon bimbit beliau untuk memeriksa tanda-tanda kecederaan serius ke atas Haneen Tafish, seorang kanak-kanak berumur satu tahun dari kejiranan al-Zeitoun, pada 15 November iaitu hari kedua serangan besar-besaran ke atas Gaza. (Anne Paq / ActiveStills) Ahmad Darwish, 23 tahun dari al-Zeitoun, mengalami kecederaan parah di kepala sedang dirawat di Hospital As Shifa pada 15 November. (Anne Paq / ActiveStills) Seorang petugas medik merawat kanak-kanak yang tercedera di Hospital As Sifa berikutan serangan udara pada 14 November. (Majdi Fathi / APA images) Seorang bapa mendokong anak perempuannya yang tercedera masuk ke sebuah hospital di Bandar Gaza pada 14 November. (Wissam Nassar / Xinhua/Zumapress) Seorang penduduk di kem pelarian Jabalia memeriksa siling rumahnya yang rosak akibat serangan roket tentera Zionis pada 13 November. (Majdi Fathi / APA images) Kawasan kediaman di Bandar Gaza rosak akibat serangan udara tentera Zionis pada 15 November. Seorang lelaki memerhati kesan sebuah roket Qassam yang jatuh dan meletup di kawasan terbuka di Kibubutz Nir Am, selatan negara haram itu, pada 11 November. (Jini / Xinhua/Zumapress) Rakyat Palestin disekat oleh tentera Zionis berdekatan sekatan Huwwara di Nablus, Tebing Barat, ketika mereka mengadakan demonstrasi membantah serangan ke atas Gaza pada 15 November. (Nedal Eshtayah / APA images)
Ikuti paparan foto-foto lain dalam siri seterusnya.