fbpx

Remaja Kelantan Tawan Gunung Stong

Remaja Kelantan Tawan Gunung Stong

Remaja Kelantan Tawan Gunung Stong

16 Mei 2013 – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan sebuah program rekreasi bertempat di Gunung Stong, Dabong, Gua Musang. Ekspedisi dua hari ke Gunung Stong ini bermula pada Jumaat, 16 Mei yang lalu disertai seramai 20 orang peserta.

Menurut Encik Zubairi Zakaria, Pengarah Program Ekspedisi Gunung Stong, “Ekspedisi ini adalah julung kali diadakan dikalangan remaja KeARAH Kelantan. Tujuannya adalah untuk memberi latihan fizikal dan mental kepada para peserta dalam bentuk yang lebih mencabar.”

“Kesihatan dan kekuatan merupakan ciri-ciri penting bagi seorang yang bergelar remaja. Antara ciri-ciri seorang muslim sejati adalah mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat,” tegas beliau lagi.

Peserta kebanyakkan terdiri daripada kalangan lepasan SPM Berjaya mendaki Gunung Stong yang terkenal dengan Air Terjun Jelawang, ketinggiannya adalah 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Hujan lebat, kehabisan bekalan air, laluan licin dan berbatu, menguji kesabaran para peserta.

“Hari ini kita mendaki Gunung Stong, selepas ini kita mendaki Gunung Tahan,” Encik Muhtaram Mansor, 18. Semangat para remaja sangat dikagumi.


Laporan oleh Ahmad Akram Solihin Zakaria