fbpx

Shireen Abu Aqla

Shireen Abu Aqla

Shireen Abu Aqla

HALUAN mengutuk keras insiden tentera Zionis yang menembak mati jurnalis Al Jazeera, Shireen Abu Aqla, 51, ketika bertugas di kem pelarian Jenin di Tebing Barat, pagi Rabu semalam.

Tindakan tidak manusiawi yang menyasarkan petugas media yang mengenakan jaket “PRESS” itu memberi gambaran jelas sikap arogan rejim penjajah Zionis melanggar norma dan hukum antarabangsa yang telah tercantum dalam Pasal 79 Protokol Tambahan I Konvensi Geneva 1949.

Dalam kejadian, Shireen ditembak dengan peluru hidup di bahagian kepala sementara rakan setugas beliau, Ali Samoudi, ditembak di bahagian belakang.

Tindakan tentera Zionis itu merupakan salah satu upaya untuk menutupi kekejaman mereka daripada diketahui masyarakat dunia. Justeru, seluruh dunia harus mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan sikap keji rejim penjajah ini serta mengheret mereka ke muka pengadilan.

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my