fbpx

Tautan Silaturrahim di MESRA 2015

Tautan Silaturrahim di MESRA 2015

Tautan Silaturrahim di MESRA 2015

BANDAR BARU BANGI, 29 Jun 2015 – Lebih 80 orang mahasiswa daripada IPT di sekitar Lembah Klang yang baru menjejaki menara gading telah merebut peluang menghadiri Majlis Erat Silaturrahim (MESRA) 2015 anjuran Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Wilayah Tengah. Program dua hari bermula 27 Jun itu bertempat di Ibu Pejabat HALUAN di sini.

Penyampaian yang pertama “Kenali Kampus” telah disampaikan oleh saudara Taufiq Mat Nasir, AJK Kelab Siswa HALUAN dan saudara Rayyan Firdausi. Penyampaian tersebut telah menyentuh mengenai realiti kehidupan kampus.

Hari kedua dimulakan dengan kuliah Subuh bertajuk “Kepentingan Tarbiah di Kampus” oleh saudara Ahmad Solahuddin Zulkefli bagi siswa dan saudari Dr Sumaiyah Abdullah bagi siswi. Ini disusuli slot “Team Building” yang dikendalikan oleh saudara Syafiq Aizat Mohamad Fuad dan Maryam Shamsuddin. Aktiviti ini memberi ruang kepada peserta untuk berkenalan dan membina ukhwah dengan rakan-rakan baru yang datang dari IPT dan latar belakang yang pelbagai. Program tersebut diteruskan dengan sesi “Pengenalan Kelab Siswa HALUAN” oleh saudari Siti Maisarah Mansor dan ‘Abidatul Mardhiah Jamaluddin.

Program berkenaan diakhiri dengan kalimah akhirah oleh Ir Megat Saidi Nik Ngah, Penasihat Kelab Siswa HALUAN Wilayah Tengah sebagai merumuskan kefahaman sepanjang program MESRA ini berlangsung.

Buat saudara Ahmad Mukmin Noor Hishamuddin, mahasiswa tahun satu Pusat Asasi UIAM, MESRA sangat membantu apabila sesi pengisiannya adalah secara “face to face”. Ia berjaya mendedahkan peserta secara teori tentang realiti di universiti dan memandu bagaimana untuk “survive” rohani dan jasmani selama menjadi seorang penuntut universiti dalam konteks menjaga iman dan taqwa, katanya.

Laporan Urusetia MESRA 2015
Kelab Siswa HALUAN