SYARIKAT: KIMBERLY-CLARK
PRODUK & SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN:
- Tisu Cottonelly, Kleenex dan Scotts
- Produk KOTEX
- Lampin bayi pakai buang Huggies, Pull-Ups
- Produk ANDREX
HASIL KAJIAN: Kimberly-Clark merupakan salah satu syarikat pengeluar barangan pengguna terbesar di dunia dengan hasil jualan sebanyak $14 billion dalam tahun 2000. Pada tahun 1998, Robert P. Van der Merwe, pengerusi Kimberly-Clark Eropah menerima Anugerah Jubilee daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu. Anugerah ini merupkan penghargaan tertinggi yang dikurniakan oleh “negara Israel” kepada individu-individu dan organisasi-organisasi yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi Israel melalui pelaburan dan hubungan perdagangan. [1] Kimberly-Clark Corporation memiliki 50.1% kepentingan di dalam syarikat Israel Hogla-Kimberly. [2] Hogla-Kimberly merupakan pengeluar barangan pengguna pakai buang terbesar di Israel dan mempunyai seramai 900 orang pekerja. [3] MAKLUMAT TAMBAHAN & RUJUKAN: [1] Friends of Al-Aqsa [sumber senarai penerima Anugerah Jubilee – Islamic Human Right Commision] [2] Kimberly-Clark: Information from Answers.com http://www.answers.com/topic/kimberly-clark-corporation [3] The Israel Export & International Cooperation Institute http://www.export.gov.il/Eng/_Articles/Article.asp?ArticleID=4917&CategoryID=841&Page=1