fbpx

SEMAI 2012 Saran Pembangunan Modal Insan Yang Seimbang

SEMAI 2012 Saran Pembangunan Modal Insan Yang Seimbang

SEMAI 2012 Saran Pembangunan Modal Insan Yang Seimbang

KOTA BHARU, KELANTAN, 3 Okt 2012 — Aspek pendidikan sebagai teras modal insan yang berjaya boleh dijelmakan melalui konsep Al-Falah iaitu kejayaan peribadi dan masyarakat di dunia dan akhirat. Peribadi Al-Falah mencetuskan budaya mengkaji, memerhati dan memberi kesejahteraan kepada ummah. Bentuk insan seperti inilah yang kita inginkan dalam pembinaan modal insan.

Demikian menurut pandangan Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman di Seminar Pembangunan Modal Insan kali ke-4 (SEMAI 2012) di sini semalam. Seminar dua hari yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Kelantan itu telah dianjurkan oleh Biro Pengajian Tinggi HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Sebanyak 56 kertas kerja telah dibentangkan oleh ahli akademik, profesional dan penyelidik bebas dari Malaysia dan juga ASEAN. Majlis perasmian SEMAI2012 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (IPTS) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Ketika menyampaikan kertas kerja yang bertajuk “Ke Arah Transformasi Modal Insan Yang Unggul: Perspektif Pengajian Tinggi,” beliau menekankan kepentingan kesinambungan pembangunan modal insan inovasi dalam sistem pendidikan negara. Menurut beliau, pembangunan modal insan di Malaysia diperkasa melalui transformasi pendidikan, di mana dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 tumpuan diberikan dalam aspek teknologi maklumat, komputer dan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu seorang tokoh akademik Indonesia, Prof. Dr. Ir. H. Agus Priyono, yang merupakan Rektor Institut Sains dan Teknologi Nasional (ISTN) di Jakarta turut menyampaikan kertas kerja bertajuk “Pendidikan dan Pembentukan Sumber Manusia Kepimpinan Unggul.”

sekali lagi berjaya mencapai objektif utamanya iaitu untuk mewujudkan medan pertemuan antara para penyelidik dan pembuat dasar bagi membincangkan persoalan-persoalan pembangunan modal insan agar dapat mencapai tahap kecemerlangan. “Di samping itu kita juga ingin membantu pembentukan kesedaran terhadap isu-isu, forces of change dan breakthroughs dalam pembangunan modal insan bagi menghasilkan impak, kesan dan kemungkinan masa hadapan bagi membantu perubahan sosial yang akan dihadapi oleh generasi muda. Dari sini, kita cuba menghasilkan cadangan bagi tujuan perancangan dan resolusi ke arah melahirkan modal insan generasi-generasi muda yang cemerlang di dunia dan akhirat,” jelas Ketua Biro Pengajian Tinggi HALUAN selaku penganjur SEMAI, Profesor Dr Ismail Ahmad.

Menurut seorang peserta SEMAI 2012, Dr Fatimah Wati Halim dari Universiti Kebangsaan Malaysia, seminar ini berjaya membuka minda beliau tentang kepentingan mengkaji aspek-aspek berkaitan modal insan. “Modal insan merupakan sumber penting sesebuah negara. Rosak modal insan akan runtuh sesebuah negara. Pelbagai tajuk dan skop kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMAI 2012 memberi pengetahuan yang luas mengenai hampir kesemua aspek berkaitan modal insan,” kata beliau. Menurut beliau lagi, para pembentang kertas kerja telah memberi penekanan tentang keseimbangan akal, jasad dan rohani manusia agar berjaya menjadi modal insan dalam membangun masyarakat holistik.

SEMAI merupakan program tahunan yang dibuka penyertaannya kepada semua penyelidik dari Malaysia dan ASEAN. SEMAI 2012 turut menyaksikan penglibatan peserta dari negara Brunei Darussalam.