fbpx

Pertandingan Futsal HALUAN di Kuala Perlis

Pertandingan Futsal HALUAN di Kuala Perlis

KANGAR, 19 Julai 2009 — HALUAN telah menganjurkan pertandingan futsal bersempena dengan program bersama masyarakat Kuala Perlis. Pertandingan yang diadakan di gelanggang futsal Tadza ini menghimpunkan sebanyak 14 pasukan daripada kalangan belia Kuala Perlis, manakala HALUAN telah menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan ini.


Hampir dua ratus orang yang terdiri daripada pemain dan penyokong pasukan datang bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Perlawanan yang diadili oleh pengadil Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sedikit sebanyak dapat mengawal keadaan perlawanan tanpa menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Johan perlawanan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250 serta medal, manakala pasukan-pasukan lain juga turut menerima hadiah masing-masing. Penganjur turut menyediakan anugerah khas bagi “pasukan berakhlak” yang menerima hadiah lawatan 2 hari 1 malam ke Langkawi. Hadiah tersebut telah dimenangi oleh pasukan UNF Ikhlas.

Acara penyampaian hadiah telah diadakan pada sebelah malam selepas selesai ceramah Isra’ Mikraj yang disampaikan sendiri oleh ADUN Kuala Perlis serta beberapa orang wakil HALUAN. Semua para pemain yang merupakan belia masyarakat setempat turut mendengar ceramah yang disampaikan pada malam tersebut.