fbpx

Pasukan pelaksana ibadah korban aidiladha berlepas ke Nairobi

Pasukan pelaksana ibadah korban aidiladha berlepas ke Nairobi

Pasukan pelaksana ibadah korban aidiladha berlepas ke Nairobi

KLIA Sepang, 1 Nov 2011 — Pasukan pelaksana bagi ibadah korban aidiladha di Kem Pelarian Dadaab telah selamat berlepas ke Nairobi pagi tadi.


Pasukan lima orang sukarelawan itu membawa bersama mereka amanah dari lebih 1,800 orang rakyat Malaysia bagi melaksanakan ibadah korban sempena aidiladha beberapa hari lagi dengan kerjasama beberapa NGO tempatan dan antarabangsa.

Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Baharuddin Suri ditemani oleh seorang lagi sukarelawan HALUAN, Hj Ibrahim Abd Rahman, dan tiga orang sukarelawan PASKA Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Hj Md Kassim Md Noah, Hj Ahmad Othman dan Ustaz Yusma Yusuf. Pasukan ini meneruskan usaha HALUAN menghulurkan bantuan ikhlas rakyat Malaysia bagi membantu pelarian-pelarian Somalian yang berhadapan dengan krisis kebuluran dan terpaksa berhijrah ke kem-kem pelarian di Dadaab, sempadan Kenya-Somalia.

Mereka akan melaksanakan amanah ibadah korban rakyat Malaysia, termasuk penyertaan oleh kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, yang melibatkan sebanyak 45 ekor unta dan lebih 1,500 ekor kambing. Daging sembelihan akan diagihkan kepada pelarian-pelarian Somalia yang terpaksa menagih bantuan antarabangsa di tiga kem pelarian utama di sekitar Dadaab.

Semoga ibadah korban semua peserta yang terlibat dalam program ini diterima Allah SWT, dan digandakan lagi dengan kesempatan membantu saudara seakidah mereka yang sedang berhadapan dengan kelaparan dan kesusahan.

InsyaAllah HALUAN akan menghantar pasukan bantuan seterusnya bagi menjayakan misi bantuan kepada pelarian Somalia dalam masa terdekat apabila keadaan keselamatan di sempadan dua negara tersebut bertambah baik. Anda boleh terus salurkan bantuan kewangan melalui akaun HALUAN di Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 14-023-01-002571-8.